Tuesday, December 1, 2009

Banyak kisah

Pagi ini aku mahu berkisah-kisah..

kisah 1 - Pujian..
Aku nak berkisah pagi ni aku pakai baju merah..bila aku melangkah je keluar pintu umah..jiran aku (ex housemate aku )yang kebetulan nak pegi kerja pada masa yang sama memanggil aku dan berkata .." haihhh comei ko arini.." wakakakakak ( pengsan time2 tu jugak!) tipu..tipu..! aku tak pengsan aku cuma tersenyum simpul dan berkata.." terima kasih.." huwaaa..hati aku berbunga2 dan semangat nak senyum jerk sepanjang hari..haha..sepanjang hari tu..kisah kat pejabat belum tentu mampu memantainkan senyum aku di awal pagi ini..hermm..gunalah teori nih yer..pakai comei2..mampus perasan muntah hijau...!! lantak ada aku kesah kalau korang kata aku perasan..huhuhu..kebahgiaan aku..jiwa aku..kesenangan aku..kegembiraan aku..!Aku bkn suka di puji..tp kadang2 pujian mampu memberi satu aura kebaikkan dlm diri kita..dan kadang2 pujian boleh juga merosakkan kita. Bukan nak bangga diri..tp bos aku kadang2 suka puji aku ( dulu la masa aku nerd awal2 masuk keja) dalam2 perjumpaan pagi dengan staf2..aku tak suka..aku malu..aku jumpa personel dengan bos aku..aku beritahu..Pn..saya kurang senang Pn memuji saya di hadapan ramai. saya tidak selesa. ya aku mmg tidak selesa di puji di hadapan ramai. Kalau dia mahu memuji kerja aku biarlah secara personel. Kerana apa..? kerana aku tidak mahu ada hati lain yang terasa..kita bekerja bkn secara sendiri..tetapi secara bersama..kalau nak puji..puji semua..kalau rasa pujian itu bkn utk semua..secara peribadi lah pujian itu..ya benar pujian mampu menaikkan motivasi kita..tetapi pujian yg lebih juga mampu merosakkan!..bersederhanalah dalam segala segi..

Kisah 2 - Kawan...
Kawan..kawan ..jangan makan kawan! banyakkan kita dengar kisah kawan makan kawan..kenapa nak makan kawan? Makanlah nasik ke..meehoon ke..iskk..tak paham betul lah..Banyak sbb sebenarnya kenapa perkara ini terjadi. Semuanya berpunca dari penyakit hati. Penyakit hati ni banyak..tamak..dengki..iri hati..dan sebagainya lah. Dah nama manusia mmg tak lepas dari semua perasaan itu. Sama ada dia sangat baik..atau sangat jahat. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana kita mengawal seketul daging yang bernama hati itu..Semalam aku bersembang dengan sorang staf unit aku..mereka ni muda-muda dari aku. Aku suka berkawan dengan mereka.." akak ada org tak suka kami baik dengan akak.." aku pun mengerut dahi..." Erkk..pesal plak ?" aku menyoal..macam2 lah..aku tak kacau orang pun.." Ni masalah hatilah kak..tak boleh tgk kami baik dengan akak..akak jangan amik pusing lah..kami ok je ngan akak!!" balas dia kembali.." Ermm..kalau pun dia nak marah sbb korang staf bawah dia baik ngan akak..itu akak xleh nak kata apa..tp kalau dia nak halang hubungan sesama manusia itu dia salah." pelik..pelik..aku pun x penah nak suruh derang baik dengan aku..derang yang selesa berkawan dengan aku..hak masing2..mengikut kata adik tu lagi, dia sakit hati sbb kami ( 3 org ) berkawan baik. Aku boleh gelak-gelak dan makan2 dengan derang. Boleh kuar sama2 time hujung minggu..Kerja is kerja..walau apa pangkat sekali pun.. hubungan sesama manusia harus di pelihara..."Habl' Minal Nas" Aku hanya manusia biasa-biasa saja..tidak punya yang lebih dari yang lain..tidak perlu berhasad durja menjalang di hati..sedih..tapi biarlah!

Kisah 3 - Melawan Rutin
Sejak lepas raya puasa hari tu..aku bina satu rutin hidup (lepas kerja) yang aku rasa agak melemaskan aku. Hingga aku seolah terikat dengan rutin tersebut. Dan..rutin itu sebenarnya banyak membawa kesan dalam kehidupan aku. Ada buruk..ada baik..namun ternyata rutin tersebut (bagi akulah) banyak yang memudaratkan aku sendiri. Aku pun jenis yang tidak pandai mengawal emosi kadang2..jadi sekarang aku cuba melawan rutin tersebut. Aku mahu ianya tidak menjadi rutin..sekadaran mengisi masa yang terluang. Dan hakikat kata-kata "kawan jauh" aku kini benar2 aku akui..dia tanya aku..hobi aku apa..aku pun pusing2 jugak nak jawab apa hobi aku sebenarnya..haha mcm dah xde hobi je..lagi dia tanya aku apa minat aku..aku diam..dia suruh aku cari balik apa hobi aku..apa minat aku..barulah aku tidak terikat dengan rutin itu!!!..Thanks kawan..

No comments:

Post a Comment