Friday, January 27, 2012

Ruang & Peluang..

Allahuakbar..Allah Maha Besar..Segalanya MilikMu ya Rabb..

Seawal jam 10.30 pagi td..aku bertemu rakan,teman,sahabat yg sudah ibaratnya saudara kandung sendiri..sentiasa menemani..memahami..mendengar..menyabarkan..menyaran..menegur..memberi pandangan..mengkritik..menasihati sepenuh hati..aku sangat beruntung..dikurniakan seorang 'sahabat' ini..tidak pernah tidak kata dan saranannya aku pandang enteng..aku padang sinis..walau kadang2 aku terasa dan seolah tidak ambil tahu..jauh mendiam dalam benak hati..aku membenarkan..dan seperti biasa..dihujung perbualan..dia akan bersuara "terpulanglah pada Fiza..akak cuma memberi pandangan..segalanya hak dan milik hati fiza utk menerima atau tidak" tiada paksaan bila dia melihat aku berdiam sewaktu berbual. Aku berdiam kerana berfikir dan merenung kata hati dan akal. Aku sebenarnya..perlu sahabat sepertinya yg sentiasa membuatkan aku positif. Ya aku senang dengannya..Alhamdulillah..

Sebelum pulang..dia berkata.."bukalah hati..berilah peluang pada diri sendiri..berilah ruang pada yg berhati..jangan siksa diri.." apa yg mahu aku balas?? Mendiam dua tiga dekad saat. sambil tersenyum tawar aku membalas .."yang dibuka kadangkala sasar pada yang mendatang..destinasi songsang..bukan menafi sunnahnya Nabi..cuma sudah terlalu takut dan gusar..apabila murah dan rendahnya hati ikhlas aku menerima..aku seperti sengaja diduga walangnya bagai tidak bermaruah aku sebagai wanita.." tahu bagaimana rasanya?? dihenyak hempedu berbaldu..kias sgt kan..Dia bertanya no yg diberi..aku menjawab "saya tidak respon". dia bertanya org yg mendekat ..aku menjawab " sudah sy delete dan blok FB serta no hpnya..sungguh merimaskan.." lantas apa yg dicari katanya ..masih bertali dengan yg empunya amanah?? aku mendiam.."tidak.." malas mahu fikir lah..aku sambung..biarlah semuanya menjadi rahsia Allah..sy sudah lelah..~ esok pulang..segalanya akan kembali sepi di sana..tiada teman bercerita..tiada teman ceria..tiada teman ketawa..yg ada mungkin hanya airmata yg semakin mendekatkan aku pada yg ESA..merintih utk sentiasa kuatkan hati aku di sana..

1 comment: