Monday, January 30, 2012

Keikhlasan vs Kepentingan

Subhannallah...

Kadang-kala..kita tak pernah sangka, setiap perkara yg terjadi begitu tersusun walau pada mulanya kita tak menyedarinya. Kita telusuri jalan mengikut akal dan hati ..juga dengan adanya faktor sekeliling yang menyebabkan kita mengambil sesuatu keputusan . Hari ni..setelah apa yang berlaku sebelum cuti yang lepas..aku teguh membuat keputusan dan cara aku sendiri. Lebih cenderung dan terus cenderung hanya pada fokusnya bicara kerjaya sahaja. Cukup bagi aku..keikhlasan dicemari dan dipersalahkan satu persatu. Sang setia yang selalu di sisi juga aku jarakkan sedikit diri. Bukan kerana tiada budi balas pekerti..tetapi disebalik jalinan itu..ada tersembunyi rahsia Allah...bukan aku menghukum..cuma cukuplah untuk berhati-hati.Kepentingan begitu terlihat di sini. Bukan selama ini aku tidak pandai menilai..tetapi kerana menafi takkan ada rasa khianat bila aku telus mempercayai membuatkan aku tidak pernah terfikir akan adanya kesempatan2 diambil atas itu. Cukuplah dengan peristiwa kecil sebelum cuti..juga kiriman pesanan ringkas semasa cuti..membuatkan aku terfikir dan menilai peribadi budi tingkah seorang manusia. Aku rasa keputusan ini yang terbaik.. biar tampak egois dalam mencatur perjalanan kerjaya disini..tapi aku perlu..utk sedikit rasa hormat nilai kemanusiaan sesama insan. Maaf untuk itu..~

No comments:

Post a Comment