Wednesday, January 18, 2012

Caca Merba..

Dengan nama Allah..sesungguhnya aku mengEsakan diri..

Aku bukan mengeluh untuk sesuatu perkara yang baik..cuma kadang2 aku kesal kerana tidak mampu membenci..tidak mampu membunuh perasaan kasih dan sayang sesama manusia apatah lagi pada mereka-mereka yang aku anggap seperti saudara kandung sendiri. Berat mata memandang berat lagi hati aku melawan rasa. Setiap perbuatan dan perlakuan diterjemah menjadi mainan dan cacian tidak seiring. Hipokrit mendinding bentang hadapan agar perilaku tidak dihidu rasa. Maaf desikan hati ingin tahu terlalu kuat hingga menjerus aku ke dalam sakitnya rasa diperlaku demikian. Langkah terbaik walau aku tahu sedari dulu utk tidak ambil tahu dilanggar oleh kerana aku manusia punya emosi. Bila sudah tahu..nah sendiri sendu. Apa lagi di mahu..? apa lagi irinya hati manusia..berdiam diri dikata tidak endah sombong..beramah mesra tidak pula mahunya seada..malah di kata..Owhh begitu sungguh ragam manusia. Diam dan bermunasabah diri..menarik nafas panjang..berbual meluah rasa teman sejati..katanya "senyum dan berbuat baiklah sentiasa..tambah2 lagi pada mereka yang terlalu iri hati..agar suatu hari nanti Allah bersihkan jiwa dan nurani..terasa malu sendiri.." Ya Allah..ampunkan dosa ku..juga hati-hati mereka.." Yang terlalu rapat dan mendomba itu kadangkalanya kala yang menyengat di dalam diam..gelap tanpa sedar..cuma kesannya sakit berbisa.."




P/s kuatkan hati dan kentalkan jiwa aku utk terus mendepani jalan-jalan sunyi dan berliku ini tuhan..

No comments:

Post a Comment