Sunday, June 16, 2013

Apa yang dikatakan dengan keberkatan hidup ? erti kata senang dan mudah difahaminya ialah - Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”. 

Ini aku petik dari sebuah blog yang aku jalan2 pagi ni..- Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasti tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.

* sedar tidak sedar kadang aku terasa tidak mencukupi..yang ada dikeluarkan tanpa hala dan keperluan sebenar..di mana letakknya kepuasan? Sentiasa  tiada  berpenghujung. Ada kurangnya di sana sini.. Adakah ini tandanya hidup aku tanpa keberkatan Allah?? Allah semakin mahu menduga aku kerana rindu mahu mendengar aku merayu dan meminta-minta padaNYA..Aku kah hamba yang SOMBONG itu...???? 

No comments:

Post a Comment