Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah...

Untuk dua hari pertama dalam minggu ini..beberapa perkara bukan baru tapi disedari untuk kesedaran diri.

- tergeraknya rasa kuat dihati untuk menjejakkan kaki ke majlis ilmu itu dan akhirnya menyentuh..sarat dan berat rasa dihati ...sangat terkesan dan berbekas dalam jiwa aku. Aku tidak tahu..di mana dan kenapa mudahnya aku menangis. Sangat bergetar perasaan aku ketika di rumah Allah itu..ya sepanjang masa majlis berjalan. Isinya ringkas tapi sangat significant dalam kehidupan .

- Tidak dapat tidak dinafikan hebatnya keajaiban Kalam Allah. Penawar dalam segala penawar. Alhamdulillah...badan tidak berontakan lagi..seakan dipulihkan ..dengan cara yang begitu tenang dan selesa. Hati begitu mendamai..segalanya bagaikan terbang dan hilang..yang tinggal dan mendiam..keyakinan kuat kepadaNYA..terima kasih kerana menjadi "perantara" kepada aku yg sering lupa..lalai..walaupun tahu..tetapi sering buat tidak tahu.. memang kita bukan "siapa-siapa" tidak punya ilmu yg tinggi...tp kita punya tanggungjawab sesama manusia apatah lagi teman yg paling hampir utk saling ingat mengingatkan..terima kasih untuk itu...



No comments:

Post a Comment