Monday, May 25, 2009

Tugas dan Foya-Foya

Selepas aku balik dari kursus Kenegaraan pada 17/5/09 tempoh hari, esoknya aku terus ke Dungun Terengganu. Ada Sukan Staf. Seluruh sistem tempat aku bertugas turun bagi menjayakan karnival ini. Bagi yang mengambil bahagian saja la. Aku masuk 2 game. Semangat tu dah ada, tp kadang2 badan tak larat nak sempurnakan. Yang penting aku bagi komitmen yang baik untuk kedua-dua pasukan. Macam-macam perkara yang terjadi dan berlaku di sana. Biasalah bila ramai manusia dah berkumpul. Ada pelbagai ragam dan cara yang sudah tentunya berlainan antara satu sama lain. Kena terima dengan tenang. Tapi dalam tenang ada juga kocaknya. The true colour of attitude kita boleh nampak. Ada yang nak tunjuk hebat. Ada yang nak monopoli keadaan. Ada yang baik hati, bertimbang rasa dan semua macam sifat manusia boleh dilihat. Aku seperti biasa..hidup dalam alam sepi aku. Bukan aku tak bercampur dengan orang..tp kalau kadang2 kebanyakkan yang jenis suka 'sound' dan bersuara lantang aku malas nak ambil hal. Baik aku blah..dan kenangan di Terengganu pasti akan aku ingat sampai bila-bila. Dalam cara dan interpresasi aku sendiri.
Belum habis penat aku dengan sukan staf,(aku balik dr sukan staf pada 22/5/09, jam 1 pagi sampai umah) esoknya aku terlibat dengan pendaftaran pelajar pre-law. Rasa 'Weng2' jugak kepala aku. pagi2 lagi dah kena bergegas ke tempat kerja. Dalam kepala masih weng2, 2 orang staf aku tak datang kerja. Terasa hangin menyirap seluruh sistem badan aku!! Keadaan kalut masih lagi tak mahu fikir tanggungjawab. Aku malas dah nak persoal bab tanggungjawab ni. Kadang2 aku rasa aku manusia malang yang terpaksa dilempar ke daerah ini..huuhuhu bukan aku tak bersyukur dengan rezeki dan dugaan yang tuhan berikan ini..tp aku sedikit terkilan dan kecewa. Aku berdoa semoga keadaan cepat berubah. sakit hidup dalam belenggu hati membungkam seribu rasa!!

No comments:

Post a Comment