Thursday, May 28, 2009

Soalnya Hati

Kadang-kadang kita mesti pernah terfikir..apakah sebenarnya tanggapan orang terhadap kita. Kita sukar menelah apa sebenarnya yang terkandung dalam hati dan perasaan orang. Adakah jujur, ikhlas atau kerana terpaksa mendampingi kita..menyukai kita. Adakah kerana ikhlasnya benar mendampingi kita..atau hanya kerana kepentingan kehidupan. Kejam rasanya kalau aku jatuhkan sesuatu jawapan dengan telahan aku sendiri. Tapi kadangkala itulah yang aku rasa..kerana apa?? Kerana aku bukan insan istimewa, insan berbakat, insan setanding dan kerana aku hanya manusia kecil yang tidak punya apa-apa melainkan perasaan yang perlu aku jaga sendiri. Siapa lagi yang akan menjaga kalau bukan diri sendiri..

No comments:

Post a Comment