Sunday, May 24, 2009

Kalut

Alhamdulillah..semuanya selesai. Hampir 2 minggu aku tak masuk ofis. Pertama kerana menghadiri Kursus Kenegaraan hampir 5 hari di Kem Pelatih, Teras Naka di Padang Terap bermula 13 Mei - 17 Mei 2009. Hari berkursus dilalui dengan tenang. Menguji daya tahan badan, mencabar daya pemikiran ketika berLDK. Antara aktiviti yang memerlukan aku berfikir secara 2 arah. Terlalu banyak falsafahnya.Ini mungkin cara Fasi aku mengendalikan LDKnya. Tetapi semuanya berteraskan Kenegaraan. Dari kursus ini aku sedar betapa pentingnya muafakat dan keharmonian dalam negara. Betapa pentingnya NEGARA dan pentingnya POLITIK dalam sebuah Negara.(aku tak minat politik..huhuhu) Semasa kursus ni juga jadual hidup aku berubah secara drastik. Tidur selewat 1 mahupun 2 pagi. Bangun esok paginya seawal 4.30 pagi. Perlu menghadiri solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah pagi. Walaupun uzur..(aku uzur waktu tu..wajib turun!!) Seterusnya senaman pagi, berkawad, pembentangan kertas kerja, LDK,riadah petang,kembara..semuanya ala-ala askar. huhh penat berkejar kejaran dengan baju kurung putih kain hitam, kasut hitam bertutup. Haus tumit kasut aku..ahahah..penat.. tp menyeronok kan. Sekali lagi aku mengenali ramai teman baru. Aku ditempatkan di asrama 9 bersama seorang staf unit kesihatan tmpt aku bertugas dan yang lain penghuni asrama ialah tenaga pengajar dari sekolah sekitar perak dan pusat matrikulasi. Banyak cerita dan pengalaman kehidupan yang dikongsi bersama ketika kami berkursus. Baik jadikan teladan buruk jadi sempadan. Kalau nak diikutkan terlalu banyak yang mahu aku ceritakan. Rasanya tak perlulah..pergi dan rasai sendiri.

No comments:

Post a Comment