Wednesday, May 27, 2009

La Tahzan..

Semalam aku seharian berkeseorangan menjaga pejabat. Staf-staf yang lain menghadiri kursus KPI. Nama aku takde dalam senarai. Pelik jugak..aku telefon bahagian Pentadbiran, kenapa nama aku tak ada. Katanya bagi peluang kepada staf yang lain. Takpe la aku terima. Dari pukul 8 hingga ke 5 ptg aku menjadi raja di pejabat. Aku siapkan laporan tahunan mana yang patut. Mana-mana kerja yang masih bersisa aku langsaikan. Panggilan telefon pun ada 2 je semalam. Tak ada masalah. Aku tenang. Selebihnya mengantuk pun ada.Sebelum balik aku berkira-kira hendak makan diluar malam ini. Aku call ext housemate aku. Dia setuju. Aku seperti biasa memang suka sangat makan beef steak di restoran itu. Malam ini rasa dan kelembutannya tidak menghampakan aku yang sedang kelaparan kerana tak makan waktu lunch.Aku tak tahu kenapa walaupun aku keluar bersama rakan atau sahabat, aku tetap terasa bersendirian. Usai makan kami ke Tesco mencari barang keperluan. Aku singgah ke MPH. Ada sesuatu yang aku cari. Aku pernah terbaca tentang buku La Tahzan. Aku juga penah membacanya 2 bln yang lalu di MPH. Tapi waktu itu aku tak berhajat ingin memilikinya. Ramai yang kata menarik buku tersebut. Langkah aku laju tepat ke rak buku yang tersusun naskah yang aku cari. Kalau 2 bln lalu aku jumpa satu buku bertajuk La Tahzan..smlm aku jumpa 4 buku daripada berlainan penerbitan. Aku tak pasti yang mana satu isinya benar-benar mudah aku fahami dan selesa membacanya. Aku capai jilid2 kecil berwarna kuning yang mempunyai 3 jilid siri. Sipnosisnya mudah aku fahami. Menarik..dan seakan sebati dengan jiwa aku, memahami apa yang aku cari. Buku kecil terbitan Al-Hidayah itu aku gapai dan bayar. Semalaman aku habiskan masa membaca naskah kecil ini. Aku harap aku tidak bersedih lagi selepas selesai membaca jilid-jilid yang berikutnya.Banyak panduan, nasihat dan contoh-contoh yang sangat sinonim dalam kehidupan dikupas dan diutarakan. Semakin lapang kesempitan rasa yang aku lalui selama ini..Setelah kesulitan Pasti Ada Kesenangan.LA TAHZAN...

No comments:

Post a Comment