Saturday, June 18, 2011

Aktiviti Pelajar

Subhannallah.. Alhamdulillah~

Menaip dari pejabat. Hari ni berlangsung aktiviti sukan kolej anjuran JPK kolej aku. Program ketiga kalinya aktiviti secara rasmi oleh JPK yang dilantik. Mereka-mereka ni kebanyakannya tiada pengalaman secara terlatih. Cuma dikalangan mereka dahulu diperingkat sekolah kebanyakan merupakan pengawas dan sebagainya. Spatutnya lantikan dibuat menerusi pilihanraya..namun calon yang menyertai adalah sangat kurang. Sedikit temuduga dibuat bagi melihat ketrampilan diri. Dan..merekalah yang dipilih. Secara terus terang melalui pengamatan aku..mereka mampu bekerja..namun dari segi protokal dan tatacara majlis serta beberapa urusan rasmi perlu dibimbing. Aku juga baru dalam segala segi..aku positifkan diri kami sama-sama belajar. Ini juga pengalaman pertama aku menjadi penasihat bagi JPK. Terus terang juga aku katakan.agak memenatkan. Aku ambil pendekatan penglibatan secara total dalam semua aktiviti yang dikendalikan. Aku perlu teliti semua kertaskerja. Aku perlu campur urus dalam semua urusan rasmi. Memang nampak kurangnya mereka disitu. Walau ada beberapa perkara yang aku agak kecewa..(aku kan cepat nak marah) bila terdapat kesilapan..cepat2 aku sabarkan hati..mereka baru bertatih. Aku harap..selepas ini mereka mampu berdikari dan mampu memberi impak yang baik bila mereka melangkah keluar dari kampus ini nanti. Ini semua latihan sebelum kalian ke dunia luar. Untuk aktiviti hari ini..walaupun kertaskerja dan perancangan awal kami diubah pihak atasan dalam walau yang singkat (dlm masa seminggu perlu rombak balik perancangan yang telah dibuat 2 bln lalu) alhamdulillah dan syabas kepada semua JPK dan adhoc yang terlibat kerana berjaya laksanakan yang terbaik. Semua secara santai . Senamrobik, marathon,futsal,handball,netball, badminton ..sedang berlangsung..aku?? join senamrobik dan futsal..1 gol ok aku jaringkan..kemudian pancit..hahahaha jadilah kan penyeri majlis..bagi aku kadang2 penglibatan kita memberi semangat kepada mereka..

Minggu depan kami akan ke negeri pantai timur. Program Menjana Pandangan Pemimpin. Semoga urusan kami dipermudahkan pergi dan balik. Jauh perjalanan luas pandangan dan pengalaman. amin..~

1 comment:

  1. wow futsal 1 gol okay..caya laa sis..
    g pantai timour mane.?

    ReplyDelete