Tuesday, October 8, 2013

Keadaan diri yang masih belum sempurna stabil bukan alasan untuk aku berdiam diri dan tidak melaksanakan tanggungjawab aku di pejabat. walaupun kepala masih pusing ..alhamdulillah..masih bertahan untuk semuanya..dan aku juga sedaya upaya menguntum senyum dan bersedia pada semua kemungkinan yang bakal terjadi..sesungguhnya inilah keputusan yang terbaik aku rasa kan.. dan aku sgt bersyukur..betapa hebat dan besarnya kasih sayang Allah pada aku..walau berkali-kali aku lihat dan aku sedar..namun aku tetap tidak endah..itulah manusia..bila mula pincang jalan...barulah DIA yang aku cari..namun DIA tetap tidak jemu  tarik aku kembali...terima kasih tuhan atas dorangan dan  rasa hati yg begitu kuat utk segalanya..

Astagfirullahalazim..bila kiriman pesanan itu aku terima..sesungguhnya aku melapangkan dada..beristigfar dalam hati..dengan hati yg tenang..semuanya telah di dalam genggaman..ya..aku menitiskan airmata buat seketika..Alhamdulillah..itu yang mampu aku tuturkan..pertamanya utk seribu satu perkara yang sangat menghantui aku selama ini..keduanya kerana walaupun ada makna bg airmata yang aku titiskan namun masih berbaloi untuk waktu ini..tidak terlalu lanjur dan lebih menyakitkan..satu panggilan yg aku terima utk pengesahan sepenuhnya membuatkan aku tersenyum..inilah bayaran pada sebuah kejujuran yg sangat aku pentingkan selama ini..aku redha..kerana aku telah bersedia...biarpun ada sekelumit amarah yang terbit di sudut hati aku..istigfar penyejuknya...Allah...berat sangat rasanya utk kali kedua ini...sungguh cantik tuhan atur perjalanan hidup ini..menjadi satu ceritera buat aku kenang seumur hidup..hikmah..kenapa tidak dari mula gerak tindakan itu yg aku ambil walau hanya dihujung jari..? mengapa harus tunggu hingga larutnya aku dalam kasih syg yg mendalam..? jawapannya hanya Allah yang tahu..

Aku mengukir senyum sepanjang hari ni..walau ada yg kesan riak hati aku sebenarnya tidak semanis senyuman yg aku lemparkan..Insha Allah..semoga aku terus istiqomah melebur dendam dlm hati..aku tetap percaya janji Allah..setiap yg baik itu akan dibalas sewajar ganjarannya..aku tidak minta ganjaran..kasih syg yg aku beri, sepenuh hati ku..anugerah yang Allah hadirkan pada aku..cukup sekadar menghormati aku sebagai insan yg punya naluri halus utk dijaga dan dihargai..begitu juga utk insan lain yg bergelar wanita..kerana kami pendamping setia kalian..yg sentiasa mengharap kalian juga begitu..~

No comments:

Post a Comment