Friday, August 30, 2013

Salam Jumaat Penuh Barakah...

Semanis Kurma semalam membicangkan tajuk  "Jodoh Untukku"  menarik bagi mereka yang masih menunggu jodoh...alhamdulillah..ustaz ustzah ada bagi tips dan doa2 untuk di amalkan..bagi kalian yg masih menunggu...jgn lupa amalkan..aku doakan kalian beroleh pasangan yg baik..amin.. Juga membincangkan bicara apabila wanita yang memulakan perkenalan dan hasrat hati bila mana lelaki sekarang terlalu pasif dan tidak punya keyakinan diri dlam meluahkan hasrat... haha tetiba ingatan aku terbang..!! haa..kat bawah ni ada ayat2 hasrat Chenta yang mungkin berguna utk kalian..tak salah..cuma perlu betul cara budi bicara..dan pada sang Adam..kalian merupa pelindung Hawa...jika hasratnya kalian tolak..tolong juga dengan penuh akal dan budi bicara menjaga maruahnya Hawa...kerana dia sanggup korbankan mahkota malunya diri mereka sebagai seorang wanita utk hasrat itu.. Yang pasti jodoh itu tetap rahsia Allah... 

Awak, 

Saya bukanlah bidadari yang cantik atau hebat dalam cinta..
Yang mampu membuat awak jatuh cinta pada saya..
Dan saya juga bukan ahli sihir..
Yang mampu menyihir awak agar awak menyintai saya.

Dan inilah saya apa adanya,
Hanya seseorang yang menyintai dan merindui awak,
Seseorang yang ingin masuk dan menumpang
Dipenjuru hati awak
Agar lengkaplah hidup seorang Hawa
untuk seorang Adam.

Saya harap awak faham 

No comments:

Post a Comment