Tuesday, August 6, 2013

Assalamualaikum...salam akhir ramadhan...

Seawal subuh hujan renyai-renyai membuatkan aku makin selera untuk menarik selimut..memikirkan hari ini masih bekerja..cergaskan diri siap segala..semalam tidur masih lagi  lewat..memastikan tidak ada yang di tinggalkan dalam keadaan yang tidak sempurna. Alhamdulillah selesai..Pagi ini..ketika melewati taman-taman perumahan untuk ke pejabat..suasananya sudah agak sunyi. Tambahan pula kebanyakan penghuni dan penyewa adalah dikalangan pelajar yang telah mula bercuti pada minggu lepas. Memasuki pintu utama kampus pula..keadaannya bertambah bening..sangat sunyi dan sepi..walaupun rata-rata staf merupakan orang tempatan..boleh dikatakan 90% telah bercuti..mood kerja mmg dah melayang..kenapa aku masih bekerja.?? Bagi aku.. masih ada keperluan untuk aku bekerja dan aku punya perancangan cuti aku sendiri.Walaupun tahap kesihatan diri tidak berapa memuaskan selepas insiden kelmarin. InshaAllah..sebelum petang aku akan beredar..semoga perjalanan lancar..

Dunia Sepi merupakan medan aku meluah curahan hati (curhat) dengan cara dan bahasa aku sendiri. Bagi aku..selain aku ada Allah tempat hakikinya untuk aku mengadu..inilah ruang bagi aku melepaskan sakit yang mendiam di dalam hati ..bukan lah sekadar sakit..malah untuk bahagia rasa yang aku lalui. Aku tidak pernah kenal pada yang pernah singgah untuk menjadi pembaca senyap (jika ada) di sini. Juga pada yang khusus mengenali aku..Ayat..kisah...kiasan mahupun apa sahaja yang menjadi titipan kata di dalam Dunia Sepi..jika ada yang mengusik mahupun mencarik rasa kalian..aku mohon sejuta keampunan..kadang-kadang ya mungkin ia sangat tepat dengan diri kalian...tapi kadang-kadang itu sekadaran kebetulan dalam kisah kehidupan kita..

Pada yang akan memulakan perjalanan bertemu keluarga tercinta...berhati-hati dan aku doakan segalanya selamat..tiada yang lebih berharga dari nilai kasih sayang sesama manusia..hargai kasih syg yang sgt melimpah tanpa batasan itu selagi ada yang sudi memberi..kasih tanpa syarat dan sempadan..tidak lain tidak dari Ayah Bonda tercinta..( ingatan sgt khusus utk diri aku sendiri ) kadang-kadang ya bila kita punya pendirian sendiri..mereka lebih dulu pernah ada dan besar pendiriaannya sehingga adanya kita sebagai manusia hari ini...

Akhir .. jaga diri..setiap perkara ada keterbatasan yang tidak dpt kita langkau..( juga ingatan pada diri sendiri !) Dalam segala segi..bersyukur pada apa yg masih kita punyai..sebelum segalanya hilang dan pergi begitu saja..Aku mahu doa kalian supaya aku terus menjadi manusia yg mampu bersabar dan ikhlas dalam setiap ujian dan cabaran hati dalam meniti dunia sepi aku.....



No comments:

Post a Comment