Friday, May 20, 2011

Review Beberapa Perkara ..

Subhannallah..Walamdulillah..Allahuakbar..

Ini bukan islamik blog..aku cuma sekadaran memanjatkan syukur..dalam ketidaksedaran..nikmat2 dan kebesaran Allah itu ada dimana-mana..sejauh mana kita menafikan..sedekat itulah ia menghampir..

1) Dalam sibuk persiapan pelajar baru..aku pula diminta menghadiri taklimat/bengkel sistem S-epadu kat Penang smlm. Berat hati sebenarnya nak pergi. Arahan bertugas dah keluar. Kalau nak tolak pun mesti tak sempat nak cari pengganti. Pertamanya..bila pergi, kembali mesti ada tugasan baru. Dulu aku selalu runsing bila ada yang menjengah begini. Sebelum bergerak aku dah langsaikan tugasan yg tertangguh..Alhamdulillah syukur.Dapat pergi dengan tenang walau keadaan di pejabat masih hiruk-pikuk. Dalam kepala..semasa perjalanan..mikir macam-macam. Apa pula taklimat ni ehh..Masih tenangkan hati..Allahuakhbar..sesampai di sana..pesertanya org "hebat-hebat" org "besar-besar"..aku?? umpama anak kecil yang baru nak bertatih. Segan menyapa ..sesi berjalan..modul dipelajari tanpa ada rasa tertekan.mudah dan bersahaja. Ust. Adib (KSA) org yg bertanggungjawab memilih aku dan seorang lg pegawai utk ke taklimat ini..juga byk membantu.Seronok bekerja dengan org-org senior yg banyak pengalaman dan sangat komited terhadap sistem kualiti ini.Senyum aku sepanjang hari ini. Waktu lunch..aku semeja dengan staf2 Penang. Menyapa dan bertegur. Bila dengar aku dr Unit yang paling sibuk bagi menghadapi hari Sabtu ni..mereka berkata.."Ehh..macam mana boleh dtg taklimat ni?" jawab aku " Saya pun tak tahu lah..dpt surat arahan bertugas. Tu yang kena pegi. Ust.pilih kot." Jawab sambil ketawa. Kemudian Puan tadi menggosok belakang aku sambil berkata " Bagus2..bila org nampak komitmen kita..org percaya kebolehan kita.." tiba-tiba aku rasa sebak..diam mendalam berkata dalam hati. "aku ikhlas kerana amanah" Alhamdulillah..bila kita redha dan melapangkan jiwa atas segala urusan..Allah juga melapangkan kita dari segala urusan2 kita..ada nikmat yang aku rasa di situ. Aku perlu terus berubah fikir dan tindakan demi kesihatan aku sendiri.

2) Minggu lepas..aku adakan pertemuan 8 mata dengan staf2 aku. Luahan dari hati ke hati. Ada emosi dan airmata di situ. Kami semuanya wanita..dan tangan2 inilah juga yang mampu menggegar dunia. Sama ada dari segi kejayaan mahupun keruntuhan.Segalanya bermula beberapa bulan yang lalu.Pabila keadaan dingin dan seolah tiada harmonis di sini. Mahu dengar apa mahunya mereka. Dan mahu juga mereka dengar apa mahunya aku. Mereka punya ruang dan peluang utk melontar rasa dan kata. Juga aku. Kadang2 semasa sesi itu adanya aku rasa seolah tiada penyelesaian pabila seseorang begitu berkeras. Aku cuma mampu tersenyum sepanjang sesi itu. Ada sesuatu yang aku bungkam dalam jiwa. Aku keciwa dan terkilan. Aku positifkan diri..mengambil semua sebagai satu sempadan dan landasan utk perbetulkan kepincangan kalau yg dikatakan selama ini aku bukan seorang leader yang bagus. Yang terbaik datang dari yang terbaik. Aku berjanji mahu jadi yang terbaik..tp jauh disudut hati aku begitu juga mengharapkan mereka juga berikan yang terbaik utk aku.Walaupun kadang aku rasa perkara yang remeh itu tidak perlu dipertikai..salah anggapan aku. Remeh itulah yang akan menjadi racun sebenarnya. Langkah kaki keluar pejabat hari tu..aku harap aku akan istiqomah dengan apa yang aku rasa. Dengan apa yg akan aku laksanakan selepas ini.

3) Masih terus belajar dari perkara-perkara yang lepas..walau sekuat mana pun kita menggenggam sesuatu perkara..akhirnya genggaman itu akan terlepas.hilang dan menjauh."wasatiah' dalam setiap tindakan dan cara. Berkata memang mudah..tapi tidak semudah melaksanakannya.




*p/s - kekal.kejap berdiri dibumi nyata.bukan masa utk bermain dengan perasaan lagi..!!


No comments:

Post a Comment