Wednesday, July 24, 2013

Alhamdulillah..kita telah sampai ke pertengahan Ramadhan..hari ke 15 .. Fasa pengampunan Allah kepada hambaNYA.. Semoga dosa-dosa kita diampunkan Allah..perbanyakkan membaca doa memohon keampunanNYA..kita juga digalakkan membaca doa seperti " Ya Allah Ya Tuhanku...ampunkan dosa-dosaku...ibubapa ku...ahli keluargaku..muslimin dan muslimat...ampunkan dosa ku ..ampunkan dosaku.." Insha Allah semoga dosa kita terampun..sedikit perkongsian yang juga dikongsikan oleh seorang teman ttg keberkatan ramadhan dimana antara 5 waktu mustajab dalam bulan ramadhan :


  1. sebelum masuk waktu subuh ( time ni kalau sape yg bersahur awal..mmg terbabaslah..tp kalau nak seribu daya kan..)
  2. selepas solat fardu 5 waktu..(mohonlah bersungguh2..Allah tak pernah tinggalkan hambaNYA dalam keadaan kecewa kecuali kita yg lupa padaNYA)
  3. Ketika hampir masa berbuka (tentu bolehkan ...)
  4. Dalam majlis ilmu..(bagi yg rajin join kuliah..atau tazkirah..insha Allah ada ruang mustajab itu untuk anda)
  5. Antara terawih dengan terawih ( gap antara 2 rakaat terawih)
Insha Allah...pintu keampunan itu sentiasa terbuka untuk kita...Allah Ya RAHIM..( pengasih lagi mengasihani)

Sebagai seorang aku..aku suka dalam erti kata melihat dan menilai sesesuatu perkara dalam keadaan mereka tidak sedar. Kerana apa..dari situ terlihatnya budi luhur..dan kemanusian yang diberi serta diterima. Biar menyenangkan sehingga apa pula kita disenangkan mereka..terimalah apa juga keadaan dan alasan juga untuk menyenangkan hati tetapi bukan tanpa berfikir secara arasnya akal. Tersenyum lah selagi ia mampu diterima juga tersenyumlah untuk kata lain aku tidak mampu menerima apa pun ketidakmunasabahan secara logik akalnya..tetapi jangan sampai terlihat dangkalnya fikiran kalian disitu. senyuman itu kan mampu memberi sejuta tafsiran.. :) 
Dalam setiap tindakan..tafsiran manusia sangat terhad dan kadangkala malah selalu khilaf. Jangan lupa ada pengatur yang paling berkuasa di atas sana. Mohonlah petunjuk dariNYA. Walau dalam setiap apapun tindakan mahupun keputusan..yang kita ambil...situasi atau apa sahaja dalam ruang lingkup kehidupan kita..Tidak lepas tidak..alhamdulillah..sedikit sebanyak jawapannya akan diperlihat sedikit demi sedikit..bersedia atau tidak sahaja..menerim atau tidak menerima sahaja..juga dengan gerak hati yang semakin mendekat atau semakin hambar..terima kasih kerana mewarnai warna-warna sisi kehidupan aku dengan pelbagai kisah ..cara.. dan ..ragam..bila tiba waktu dan caranya..sangat jelas jawapannya..sama ada terus memberi tanpa prejudis mahupun berlalu tanpa meninggalkan secalit rasa dingin di hati.. 

No comments:

Post a Comment