Tuesday, March 3, 2009

Mesyuarat Panjang


Semalam hari yang melelahkan sehingga aku tak sempat nak posting entry. Seawal 9.am aku menghadap meja panjang bujur bilik mesyuarat. Nasib perut dah di alas sebelum mesyuarat bermula. Jika tak, mahu menggigil kepala siku dan lutut aku. Mesyuarat berakhir jam 1.pm. Hangat..memang terlalu banyak perkara yang dibincangkan sehingga aku penin nak tulis minit mesyuarat. Pening nak susun baris-baris ayat yang semuanya akan tercatat sebagai fakta dan bukti jika ada perkara-perkara berbangkit. Yelah semuanya dah dapat iktiraf ISO..perlu ada bukti.secara TERSURAT. Ermm..sedikit bercanggahlah kalau nak realisasikan penjimatan kertAS..'PEPERLESS'. Aku sedikit sugul hasil mesyuarat kali ini. Ada yang dah mula bermasam muka. Gara-gara pembahagian tugas yang dibuat. Aku mmg tak selesa dengan kondusi ini. Dan tentunya yang dimasamkan muka ialah kepada aku. Kerana apa?? kerana dirasakan sepatutnya aku yg perlu melaksanakan tugas tersebut..semuanya keputusan ketua. Aku terima. Beban yang telah sedia ada pun sememangnya segunung. Aku diam bertahan. Kepada KY, kita bekerja satu kumpulan..kenapa perlu ada sengketa. Aku mmg sedikit tertekan dengan situasi begini. KY mmg terkenal dengan kepala anginnya. Tak hairanlah kalau bos pun di lawan. Aku sekadar mendiamkan diri. Aku belum 'confirm'. Tak bisa ckp banyak-banyak.Pagi tadi, KY datang dengan muncung sedepanya. Macam tikus mencurut. Biarkan la..panas lagi kot. Aku berdoa keadaan tegang akan kembali reda. Habis meeting semalam, lepas lunch time aku ke bandar bersama bos untuk mencari sebutharga perabot ofis baru. Inilah yang lelahnya..dalam hujan ribut diredah segala. Sampai ke ofis dan punch card dalam pukul 5.30pm. Malamnya lepas maghrib aku terus lena tak sedar sampai ke pukul 11.30pm. Hari ini aku keluar lagi bersama bos aku yang sememangnya agak cerewet. Memang melelah dan memenatkan!! Hari ni lagi lewat aku sampai rumah..pukul 6.00pm..Sampai rumah, aku siap-siap terus ke Lagenda High..ke saloon..Aku berwajah baru hari ni..:)

2 comments:

  1. NI Boss you ni..
    Amboi.. kutuk I kat sini ye...
    You are FIRED! (Ala-ala Donald Trump)

    ReplyDelete
  2. Ooo Cakap I tak reti IT ye..
    I saje je buat-buat tak reti IT
    tapi I teror...
    You are FIRED! (Sekali lagi)

    ReplyDelete