Wednesday, January 21, 2015

dalam kehidupan kita lebih terarah melayan kesedihan berbanding kegembiraan...
mengapa kita sering fokus pada kesedihan? sedangkan kita tahu kesedihan membawa kedukaan. kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak adil apabila kita selalu bersedih. tapi pernahkah kita fikir bahawasanya hidup ini terlalu adil apabila sebenarnya kegembiraan sentiasa menunggu kehadiran kita
bila kita sedih, kita mudah lupa yang sebenarnya kita ada mempunyai perasaan untuk gembira. kenapa kita mesti ketepikan perasaan gembira. bukankah mempunyai pelbagai perasaan adalah perkara terindah. dekat sini kita belajar sedikit cara untuk kita gembira bagi mengatasi kesedihan kita.
senyumanmu adalah menawan. orang selalu cakap, orang yang tengah sedih bila senyum nampak sangat tak ikhlasnya. ikhlas atau tidak itu belakang kira. yang penting kita praktikkan senyuman itu. lama- kelamaan senyuman akan sebati dengan diri kita dan bila kita ditimpa kesedihan, kita akan mampu tersenyum menandakan kita terima kesedihan kita.
dirimu begitu berharga. kata orang memuji diri sendiri ni ibarat masuk bakul angkat sendiri. ehh.. tidak salah kita memuji diri kita sendiri, itu tandanya kita menghargai diri kita. setiap kali bagun pagi, pandang cermin dan cakap "saya cantik hari ini". ini dapat mengatasi rasa rendah diri kita sekali gus hidup kita akan bertambah ceria di hari-hari akan datang.
fantasimu meluaskan minda. orang tua-tua pesan tak elok berangan. nanti kita terikut-ikut dengan angan-angan kita. tapi sebenarnya tidak salah berangan kerana apabila kita berangan atau berfantasi kita akan lebih ceria dan otak kita akan mengembang. berfantasi akan menghidarkan diri kita dari terus bersedih kerana kita sebenarnya lebih cenderung untuk berangan perkara yang gembira. ada ke orang nak berangan perkara yang sedih saja. berfantasilah perkara yang positif supaya kita dapat menjalani hidup yang positif dan ceria.
perasaanmu perlu di dalami. kalau kita sedih, cuba pandang sekeliling kita. pandang apa yang kita ada. keluarga, sahabat, kesenangan, kasih sayang. semua itu adalah kekuatan untuk kita terus gembira dalam menjalani kehidupan. pandanglah dunia luar, fikirlah bahawasanya kesedihan kita tidaklah seberat kesedihan orang lain. ujian yang kita terima tidaklah sehebat orang lain. 
rasa syukurmu penawar segala duka. "....oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikkan, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur." (Al-Baqarah-152)
bila kita ditimpa rasa kesedihan, kita perlu cepat-cepat rasa syukur, kerana Allah masih sayangkan kita. Allah masih ingat pada kita sebab itu Dia turunkan kesedihan untuk kita. janganlah kita terusan bersedih kerana Allah telah menjanjikan kesenangan untuk kita di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment