Saturday, February 25, 2012

Allah..Allah..Allah..ya Allah..





Sangat membenarkan dalam hati kalimah itu..terlalu rasa disembuhkan dengan menyebut kalimah itu..sambil berlinang airmata..sayu..namun ada rasa "kekuatan" menyubur hati yang lemah..alhamdulillah..tepat jam 7 mlm aku sampai di "rumahku duniaku". Perjalanan lancar..cuma bila melewati kawasan Juru..hujan sedikit lebat melewatkan perjalanan aku. Tekanan minyak dilonggarkan..aku tidak mahu ambil risiko..Aku masih sayangkan diri..masih ingat insan tersayang..masih ada semangat jiwa..yang tentunya tidak mahu sebarang mala petaka berlaku atas kecuaian diri aku sendiri..sepanjang perjalanan..bermacam-macam yang dtg dalam fikiran....ahhh..indahnya berangan..:) bila rasa diri semakin hanyut dan leka dalam khayalan..Ya Allah..tak sedar sedang memandu..haha..perjalanan diteruskan tenang..melewati kehijauan indah bumi tuhan..dan..dalam sunyi memandu sendiri..dtg pula ingatan yang membuat hati terlalu sakit membekam..tak sedar airmata deras mengalir..untuk apa airmata ini? Banyak sebenarnya perkara yang menyebabkan airmata ini mengalir..pertama kerana kerinduan yang teramat sangat kepadaNYA. terlalu lama aku pendam rasa yang membukam dalam hati ni..sebenarnya kesempatan bersendiri ini byk peluang utk aku mendekat..cuma aku yang tidak pandai menggunakan peluang dan ruang yg ada..YA ALLAH..aku perlu seseorang yang mampu mendekatkan rindu aku PADAMU..kedua...aku memikirkan semangat jiwa .. dia tidak sihat..kesihatannya tidak stabil akhir-akhir kembali dari tanah suci..Ya Allah...sembuhkan semangat jiwaku sepenuhnya..aku tak mampu melihat insan semulianya menerima ujian seperti ini..satu kan hati-hati kami..bahagiakan hati-hati kami..lapangkan jiwa semangat jiwa aku..aku bahtera terus dilayari dengan penuh harmoni. Ketiga..kegusaran yang dinyatakan semalam..aku tidak mampu mengungkai kegusaran itu..maafkan aku...keempat...kekuatan hati yang selalu goyah. Terasa kebodohan diri di situ. Bila Akal berfikir secara rasional..kata hati tewas dengan pujangga yang dijual beli..arghh setannya rasa itu. Lagi menjauh..lagi dikejar..apa mahunya..jangan menyiksa..ya..mungkin ia satu permainan yang menyeronokkan..tapi bukan utk semua. Lagak seperti tiada apa yang berlaku walau hakikat sebenar terlalu sakit. Api yang dulunya kecil menjadi marak menyala...akhirnya nekad..jgn berganjak..ia akan pulih seperti sediakala..

Cukuplah..perlu rehat..

2 comments:

  1. eh eh dah berpurdah ke? Moga awak thabat di jalan ini :)

    ReplyDelete
  2. ehh..x la akak..saya x sekuat itu ..gambar tu saje2 je..

    ReplyDelete