Thursday, December 1, 2011

Hati

Subhanallah...Allah Maha Besar..


Pagi ini Khamis 1/12/2011..sangat damai aku rasa. Setiap pagi Khamis di awal bulan..kami akan ada tazkirah pagi..yang akan disampaikan oleh ust dan ustz (terdiri oleh kami sendiri..hihi). Bahan tazkirah yang akan disampaikan bebas..asalkan memberi manfaat bersama..Jadinya bila tiba giliran empunya diri menjadi ust atau ustz..masing2 akan mengoogle ataupun mencari bahan ilmiah untuk disampaikan..Hari ini bukan giliran aku..giliran aku sudah lama lepas..


Seperti yang sedia maklum, kita baru je menyambut Awal Muharram kan..dan tajuk takzirah pun berkenaan kemuliaan Muharram..bla..bla..bla..ustazah pun menyampaikan tazkirahnya..di setiap akhir sesi ini..Bos akan pusing dan tanya..ada sesiapa mahu menambah..? Seorang penyelia mengangkat tangan..katanya " kita harus berhijrah dari yang lebih baik kepada yang terbaik..dan seterusnya ...." (panjang malas nak hurai) kemudian bos aku plak teringin nak menambah .." Dalam apa-apa perubahan sekalipun yang kita mahu..akan buat..sekecil-kecil perkara yang perlu kita lihat ialah HATI kita..jika HATI kita masih tidak berubah..dengan sikap dan perasaan HASAD DENGKI dan CEMBURU tak payah lah nak ubah menda yang besar-besar..pokok pangkal HATI kena BERSIH..

No comments:

Post a Comment