mengapa kita sering fokus pada kesedihan? sedangkan kita tahu kesedihan
membawa kedukaan. kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak adil apabila
kita selalu bersedih. tapi pernahkah kita fikir bahawasanya hidup ini
terlalu adil apabila sebenarnya kegembiraan sentiasa menunggu kehadiran
kita
bila kita sedih, kita mudah lupa yang sebenarnya kita ada mempunyai
perasaan untuk gembira. kenapa kita mesti ketepikan perasaan gembira.
bukankah mempunyai pelbagai perasaan adalah perkara terindah. dekat sini
kita belajar sedikit cara untuk kita gembira bagi mengatasi kesedihan
kita.
senyumanmu adalah menawan.
orang selalu cakap, orang yang tengah sedih bila senyum nampak sangat
tak ikhlasnya. ikhlas atau tidak itu belakang kira. yang penting kita
praktikkan senyuman itu. lama- kelamaan senyuman akan sebati dengan diri
kita dan bila kita ditimpa kesedihan, kita akan mampu tersenyum
menandakan kita terima kesedihan kita.
dirimu begitu berharga. kata
orang memuji diri sendiri ni ibarat masuk bakul angkat sendiri. ehh..
tidak salah kita memuji diri kita sendiri, itu tandanya kita menghargai
diri kita. setiap kali bagun pagi, pandang cermin dan cakap "saya cantik hari ini". ini dapat mengatasi rasa rendah diri kita sekali gus hidup kita akan bertambah ceria di hari-hari akan datang.
fantasimu meluaskan minda.
orang tua-tua pesan tak elok berangan. nanti kita terikut-ikut dengan
angan-angan kita. tapi sebenarnya tidak salah berangan kerana apabila
kita berangan atau berfantasi kita akan lebih ceria dan otak kita akan
mengembang. berfantasi akan menghidarkan diri kita dari terus bersedih
kerana kita sebenarnya lebih cenderung untuk berangan perkara yang
gembira. ada ke orang nak berangan perkara yang sedih saja.
berfantasilah perkara yang positif supaya kita dapat menjalani hidup
yang positif dan ceria.
perasaanmu perlu di dalami.
kalau kita sedih, cuba pandang sekeliling kita. pandang apa yang kita
ada. keluarga, sahabat, kesenangan, kasih sayang. semua itu adalah
kekuatan untuk kita terus gembira dalam menjalani kehidupan. pandanglah
dunia luar, fikirlah bahawasanya kesedihan kita tidaklah seberat
kesedihan orang lain. ujian yang kita terima tidaklah sehebat orang
lain.
rasa syukurmu penawar segala duka. "....oleh
itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan
kebaikkan, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur." (Al-Baqarah-152)
bila kita ditimpa rasa kesedihan, kita perlu cepat-cepat rasa syukur,
kerana Allah masih sayangkan kita. Allah masih ingat pada kita sebab itu
Dia turunkan kesedihan untuk kita. janganlah kita terusan bersedih
kerana Allah telah menjanjikan kesenangan untuk kita di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment