Thursday, May 23, 2013

Habluminallah Wa Habluminannas

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan hari ini utk menjadi HambaNya..menjadi seorang anak..ibu..ayah..rakan..teman ..pekerja...majikan dan sebagainya..mungkin ruang kesempatan ini boleh kita peruntukkan sebaiknya bagi memenuhi tuntutan kita menjaga hubungan sebagai Hamba Allah dan juga sesama manusia.
Tiba-tiba sangat tertarik dengan tajuk ini..sekadar peringatan diri sendiri..seperti biasa..Jam 7 pagi..sambil bersiap ..mesti kerling ..dan dengar bicara Tanyalah Ustaz TV9. Tak dapat banyak sikit cukuplah sebagai sisipan ilmu dan panduan hidup. "Menjaga hubungan dengan Allah..dan menjaga hubungan dengan makhluk Allah". Kalau kita nak bicara tentang akhlak ni..sangat besar skopnya. Aku bukan ilmuan yang bisa perkatakan tentang ini. Semuanya sekadar pemahaman dan rujukan aku sahaja.

Menjaga Akhlak dengan Allah..
-Beriman kepada Allah
-Beribadah..mengabdikan diri..patuh dan tunduk kepada Allah
-Melaksanakan perkara wajib, fardu dan nawafil
-Redha menerima qadak dan qadar

Menjaga akhlak dengan Makhluk Allah
- manusia..
- bukan manusia. - jin, malaikat,haiwan , tumbuhan dan alam sekitar

Nak menjaga akhlak ini tidak semudah itu..aku sendiri pernah sasar dan kadang-kala kita tak mampu nak kawal diri..inikan pula akhlak dengan manusia..dengan Allah apatah lagi. Namun ..ganjaran dalam menjaga akhlak ini sangat besar sehingga mampu membeli syurga Allah..dengan syarat keduanya di jaga. . Tertarik dengan pertanyaan yang diberikan oleh penonton kepada ustaz ..soalannya kalau tak salah aku begini " Apakah ganjaran yang diberikan kepada hamba yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah..tetapi tidak dengan manusia.." dan begini serba sedikit pencerahan dari ustaz pagi tadi.." sebagai hamba Allah...kita wajib mentaati perintahNya..namun..sehebat mana sekalipun amal dan ibadah kita kepadaNYA..siang dan malam mengabdikan diri kepada Allah..tetapi jika hubungan sesama makhluk lain tidak dijaga..sia-sia amalannya. Solatnya..ibadahnya masih tidak mampu memelihara diri dari melakukan perkara seperti hasad dengki..bongkak..sombong dan meninggi diri..mengumpat dan sebagainya tidaklah syurga menjadi jaminan di akhir nanti.
Kesimpulan yang aku boleh buat..kita hidup di dunia bukan untuk diri sendiri..begitu juga kesudahannya di akhirat masih terhutang dosa dengan manusia apabila kesombongan diri..kebiadapan..kezaliman dan sebagainya mampu mencalar hati sesama makhluk terutama manusia..Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
“Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya” (H.R. Ahmad).   Orang yang paling mulia serta cantik akhlaknya adalah Muhammad..rasul kesayangang kita.  Ya Allah..semoga akhlak kita sentiasa cantik dan mampu membuat ramai menyenangi dan menyayangi kita. Selalu sangat berdoa semoga sifat dendam..hasad dan dengki sentiasa menjauh dari dalam jiwa..dari kecil dan kekelumit rasa itu mampu meruntuhkan ikatan persaudaraan.. juga sentiasa bermohon agar istiqomah menjadi hambaMU yang mentaati suruhanMU..amin..
 
 
 

No comments:

Post a Comment