Wednesday, February 11, 2015

Mendapat Bahagia

Mendapat bahagia bukan semudah yang disangka bagi aku.. seolah-olah begitu banyak halangan satu persatu. Jalannya penuh berliku dan berduri. Memang tiada mudahnya. Hati moga terus tabah mendepani apa juga yang dibentangkan utk mu..

Wednesday, January 21, 2015

dalam kehidupan kita lebih terarah melayan kesedihan berbanding kegembiraan...
mengapa kita sering fokus pada kesedihan? sedangkan kita tahu kesedihan membawa kedukaan. kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak adil apabila kita selalu bersedih. tapi pernahkah kita fikir bahawasanya hidup ini terlalu adil apabila sebenarnya kegembiraan sentiasa menunggu kehadiran kita
bila kita sedih, kita mudah lupa yang sebenarnya kita ada mempunyai perasaan untuk gembira. kenapa kita mesti ketepikan perasaan gembira. bukankah mempunyai pelbagai perasaan adalah perkara terindah. dekat sini kita belajar sedikit cara untuk kita gembira bagi mengatasi kesedihan kita.
senyumanmu adalah menawan. orang selalu cakap, orang yang tengah sedih bila senyum nampak sangat tak ikhlasnya. ikhlas atau tidak itu belakang kira. yang penting kita praktikkan senyuman itu. lama- kelamaan senyuman akan sebati dengan diri kita dan bila kita ditimpa kesedihan, kita akan mampu tersenyum menandakan kita terima kesedihan kita.
dirimu begitu berharga. kata orang memuji diri sendiri ni ibarat masuk bakul angkat sendiri. ehh.. tidak salah kita memuji diri kita sendiri, itu tandanya kita menghargai diri kita. setiap kali bagun pagi, pandang cermin dan cakap "saya cantik hari ini". ini dapat mengatasi rasa rendah diri kita sekali gus hidup kita akan bertambah ceria di hari-hari akan datang.
fantasimu meluaskan minda. orang tua-tua pesan tak elok berangan. nanti kita terikut-ikut dengan angan-angan kita. tapi sebenarnya tidak salah berangan kerana apabila kita berangan atau berfantasi kita akan lebih ceria dan otak kita akan mengembang. berfantasi akan menghidarkan diri kita dari terus bersedih kerana kita sebenarnya lebih cenderung untuk berangan perkara yang gembira. ada ke orang nak berangan perkara yang sedih saja. berfantasilah perkara yang positif supaya kita dapat menjalani hidup yang positif dan ceria.
perasaanmu perlu di dalami. kalau kita sedih, cuba pandang sekeliling kita. pandang apa yang kita ada. keluarga, sahabat, kesenangan, kasih sayang. semua itu adalah kekuatan untuk kita terus gembira dalam menjalani kehidupan. pandanglah dunia luar, fikirlah bahawasanya kesedihan kita tidaklah seberat kesedihan orang lain. ujian yang kita terima tidaklah sehebat orang lain. 
rasa syukurmu penawar segala duka. "....oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikkan, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur." (Al-Baqarah-152)
bila kita ditimpa rasa kesedihan, kita perlu cepat-cepat rasa syukur, kerana Allah masih sayangkan kita. Allah masih ingat pada kita sebab itu Dia turunkan kesedihan untuk kita. janganlah kita terusan bersedih kerana Allah telah menjanjikan kesenangan untuk kita di kemudian hari.

Wednesday, November 20, 2013

teringat kisah dan nasihat seorang sahabat ..yg telah saya kenali hampir 10 tahun..katanya..jangan biar diri kita di hina dan dipandang seperti tiada maruah serta harga diri.. saya pegang kata-katanya... tuhan sekali lagi rindu mahu mendengar kamu menangis serta mengadu...meminta minta dan selalu mengingati NYA .. ~

Thursday, November 14, 2013

Tolong jangan salah anggap pada tindakan aku..bukan tanda dendam..bukan tanda ketidakpuasan hati..bukan juga untuk kalian merasa diacam atau perasaan yg tidak selesa. Aku sekadar "tumpang" merasa gembira melihat kalian tersenyum bahagia. Cukup sekadar itu. Tidak selebihnya.  Menghayati nikmat yang tuhan berikan pada kehidupan kalian. Di sini kurangnya aku..lebihnya kalian. Kenapa perlu ada seakan perasaan prajudis dlm diri? Aku masih waras dalam tindakan atas kesan kehidupan org lain. Mungkin ya kadang aku hanya akan menyakiti hati aku sendiri..tapi itu hanya pada diri aku..tidak pada kalian..harap kau mengerti...

Friday, October 18, 2013

aku manusianya yg sgt berpegang teguh kepada kejujuran dan kepercayaan..

Sunday, October 13, 2013

Pernah tak terdetik dalam hati tiap kali Allah beri ujian?
"Kenapa lepas satu, satu lagi musibah yg datang?"
"Kenapa aku sorang je yg rasa sedih ni?"
"Kenapa tak berhenti Allah uji aku?"

Jawapan nya mudah, 
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” [2:286]

Allah tahu kita mampu hadapi, sebab itu Allah uji. dalam masa yg sama Allah ajar kita utk bersabar, dan jadi orang yg lebih kuat dr sebelumnya.. Bila kita ditimpa musibah, carilah ALLAH. mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa. Allh tahu apa apa dlm hati kita walaupon sebesar kuman. cuma Allah mahu kita mengadu pd Dia
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

Nabi SAW pon penah pesan, berdoa lah ketika ditimpa musibah,
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).”

Percayalah, xde sedih yg berpanjangan di dunia ni, suatu hari Allah akan gantikan dengan sesuatu yg lebih baik.. siapa tahu, disebabkan ujian tu, masa depan, dimurahkan rezeki, dpt jodoh yg lebih baik, dpt anak2 yg soleh& solehah.. Allah akan ganti nanti kalau bukan sekarang. sedih yg berpanjangan itu hanya di neraka.. Jadi carilah syurga Allah.. bersyukurlah kerana Allah uji kita. sekurang2nya, kita pasti akan ingat Allah.. sebab Allah mahu kita kembali pada Dia.. Husnudzon dgn Allah.. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.. Yosh, gambare \(^_^)/


- copy paste..sumber fb.

Friday, October 11, 2013

Salam Jumaat ... hari ini aku kerjaa..yeaayyyy!! Bangun dengan perasaan bersyukur kepadaNya..kerana masih diberi kesempatan merasai nikmat suka duka kehidupan perjalanan aku di sini..tekadnya hari ini cuba mengawal diri dan emosi..tenangkan kembali diri..bersiap sekadarnya untuk ke pejabat..melangkah pintu rumah dengan sebuah senyuman..

Seperti biasa aku..dlm kereta la pun radio tu nak berbunyi..kat rumah mmg tidak la..cheq suka dengaq Penang.FM ..wah tetiba slanga pun bertukar..lagu yg sedang berkumandang waktu tu tiba-tiba membuatkan hati aku di jerut perasaan yang sangat meruntun..aku mmg susah nak kawal emosi..tergumam..dengan bonggol2 atas jalan pun aku langgar..haihh...baru aku tersentak..! Lagu ni juga la yg DJ tu putaq ..waktu perjalanan dlm kereta kat Tanjung Dawai..(9.10.2013) heee malam drama swasta..bila teringat balik..nak tergelak pun ada..aku ke yg mmg kelakar..time-time emosi tgh sedih..tetiba nampak org pakai safety jacket dok ada cahaya tu ingatkan polis..dahla tak pakai seat belt..kelam kabut cari seat belt cisss!! hahahaha hilang rasa nak nangis..terus ketawa...(aku akan igt kenangan tu sampai bila-bila..) pape pun..bagi ni..lagu ni benar-benar kembali meruntun jiwa aku...haihh..meh layan kejap lagu ni sekali lagi...tgh takde nak buat apa ni kan...




Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati


p/s -  Kejujuran adalah teras dalam sesuatu persahabatan & perhubungan.. kebenaran disimpan atas alasan menjaga hati kadangkala bukanlah tindakan terbaik ..membuatkan seseorang tersenyum atas tindakan itu sebenarnya lebih menyakitkan apabila segalanya diketahui..~ terima kasih kerana menjaga hati...sgt menghargai walaupun hakikatnya ia terlalu sakit..