Thursday, March 17, 2011
Lama..sungguh!!
Ya..lama sungguh sudah tidak menjenguk "hati" ini. Lama juga aku biarkan cerita-cerita hati aku terpendam dan hilang begitu sahaja. Sebab apa...? Sebabnya aku sendiri pusing mencari kata..mentafsir rasa melalui coretan ini. Kerana kalutnya minda dan fikiran dengan urusan hakiki. Sudahnya ..apa yang disimpan..hilang tanpa diluahkan..kadang2 ianya terlalu senang bagi aku..namun kadang-kadang tidak seperti yang disangka. Terusan membungkam dalam diam..untuk menjadi yang lain aku tidak mampu..tapi aku mahu jadi seperti orang lain..tidak perlu keriuk-keriuk memikirkan perkara yang remeh temeh..kenapa aku tidak seperti itu...arghh..alangkah manis hidup kalau begitu..lapang bebas dari memikirkan perkara yang tidak2..
Saturday, November 13, 2010
~ Kemaafan Yang Terindah ~
Terkenang kisah siang tadi. Memanjat tangga "rumah baru" itu. Meninjau2 persekitaran..tiba-tiba " Ya Allah..siapa punya la beg kotak2 byk2 ni..Igt aku kuli korang ke nak masukkan dlm store??!!!" jerit aku dlm hati..jerit kuat2 plak tu. dengan rasa yg sangatlah pedih. Kenapa la budak2 ni wat mcm ni. Sudah terlalu senang lagi mahu disenangkan...lagi mahu dimanjakan..Pergi lagi berjalan2 melihat "rumah baru" aku tu.. tiba-tiba " Ya Allahhhhhhh!! byknya sampah..melonggok2!!..makcik2 clearner ni x wat keja ke..? Menyembang je la tu !!.." Huwarghhhhhhh ..hati terus meronta2 nak marah. Penat aku dibuatnya..masih terus berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan..udah rupa pegawai daerah aje. Aku duduk mengadap lapang sasar hijau di satu sudut rumah besar penghuninya itu..menarik nafas dalam2. Letih rasanya..menahan rasa amarah. Laju dengup jantung ku. Berdetak laju urat2 di bahagian leher aku. Berkata sendiri. Aku perlu lebih byk bertenang. Kenapa perlu kusutkan keadaan. Beg dan kotak itu..masih ada penghuni yg belum pulang. Mohon saya bantuan mereka..mungkin adik2 ini pulang masa pejabat dah tutup. Semalam kan aku dan kakak penyelia pulang awal. Erm..aku maafkan mereka. Dan..sampah2 berlonggok yg menyemakkan mata ku..masa aku lalu td.makcik tu dgn muka serba salah ada menegur " Cik..sampah ni lepas ni makcik clearkan..tadi cuci tandas." aku hanya senyap dan berlalu. Bila dah duduk-duduk mcm ni..aku berfikir kembali..hari ini penghuni ramai pulang. Mengosongkan bilik. Sampah semua dihambur keluar bilik. Penat Makcik2 ni nak mengutipnya..tandas perlu juga dibersihkan. Beri mereka sedikit masa. Usia dan Kudrat makin tidak mengizinkan. Mereka bukan robot. Kenapa perlu aku angin..maafkan mereka..ya maafkan saja..janji semuanya selesai sempurna. Dan..bila semua telah dimaafkan..lapangnya dada!! Alhamdulillah..
Friday, November 12, 2010
Telah Lama..
Telah lama merenung dan membaca kembali cerita ceriti kehidupan yang lalu. Yang telah sedia dibentangkan dlm kisah perjalanan aku. Yang aku sendiri tidak tahu dimanakah berakhirnya aku. Pasti aku mahukan hala tuju destini yg cukup sekadar sederhana dan selesa. Kekakangan masa menghalang aku untuk terus berkongsi rasa sendiri. Bukan kerana apa-apa.Tidak juga ada apa-apa..Masih terus melawati walau tidak mengetuk jari..hahaha..
p/s : Jengkaut Hati..telah digantungkan!
p/s : Jengkaut Hati..telah digantungkan!
Tuesday, June 29, 2010
Semangat Jiwa..
Mereka lah semangat jiwa saya..tiada selainnya..terlalu besar kasih sayang mereka. Lebih besar dari berjuta lautan di dunia..meluasnya..tidak pernah jemu walau sesaat..tidak pernah berkurang walau sebesar zarah. Di kala aku rasa begitu terhina..merekalah yang memuliakan..di saat aku begitu kosong "rasa" merekalah yang mengisi jiwa..ketika aku rebah melawan sakit yg diberi..mereka hadir..melapang rasa sakit yg ada..menangis aku..besarnya kasih sayang mereka..terima kasih mak..terima kasih abah..bersusah payah datang semata2 kerana aku di sini. Hari ini..semangat jiwa saya telah pulang..meninggalkan kosongnya rasa dalam diri. Membuatkan rumah aku sepi..jiwa aku sunyi..aku perlu recover semula..menyusun kembali hidup..setelah segalanya kembali berubah..tidak seperti selalu lagi..takpe..perlahan2 amik masa..segalanya akan seperti sediakalan..Allah patahkan hati aku supaya aku dekat denganNYA..kerana telah terlalu lama aku lupa padaNYA..supaya aku kembali merinduiNYa..supaya aku tidak lagi jauh padaNya..terima kasih Tuhan..!!
Sunday, June 27, 2010
Semangat Baru..
Hari ini aku bangun dengan semangat baru..InsyaAllah harapnya biar berterusan..tika aku jatuh tersungkur..lemah.. longlai dan rapuh..kaki ini juga yg perlu bangun semula.. bagai bertimpa segalanya..itu baru sedikit di ujiNya..aku sudah melatah...aku sudah mengeluh. Terasa malu pada diri sendiri...terlalu leka dan ghairah mengejar dunia..mengejar kasih sayang cinta manusia..tapi aku lupa..aku lupa yang siapa sebenarnya yang menghadirkan rasa itu dalam dunia ini. Siapa selayaknya yang perlu aku cari ..siapa selayaknya yang perlu aku kejar cinta kasih sayangNya..malu..aku sungguh malu..!! InsyaAllah..mulai hari ni..aku akan cuba yang terbaik..untuk diri aku dan orang2 yang aku sayang..terutama mak dan abah..(sebak) terima kasih..sbb memahami..sanggup dtg..semata2 untuk aku yg semakin lemah di sini..ini janji aku..
Friday, June 25, 2010
Jawapan Rindu..
Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini
Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati
Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu
Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih
merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud
p/s - best plak lagu ni..rasa damai je dgr...
Belum Kebah..
Ini demam paling lama aku alami..Ya Allah..dah 4 hari da..asal lepas balik kerja..cuci muka je..cukupla..kena air sikit..aku akan menggigil satu badan..sampai naik roma2 ...bukan setakat tu je..sendi semua sakit..Ya Allah..kenapa aku..pagi2 selsema ngan batuk tak ingat dunia..malu aku batuk2 dalam dewan masa kursus..fikir positif..ini sebagai khafarah pada aku..mak abah hari2 call tanya kesihatan aku..terima kasih mak abah..org sayang mak abah..mak kata minggu ni nak datang sini..alahai..sayunya hati..xpe mak..org da besar..boleh urus sendiri kehidupan..naluri ibu sangat2 dekat..walaupun aku x bagitau aku demam..tp dia terkesan..mampukah aku menjadi seperti mak suatu hari nanti..serikandi dlam hidup aku. Mampu mengubah hidup seorang lelaki..walau tidak sepenuhnya..namun mak berjaya. Tetiba terkenang mak..semalam pun nangis ingatkan mak..sebabnya aku sangat2 lemah..terjaga tgh mlm..badan sangat panas..hingga bibir aku luka..tp dlm masa yg sama aku menggigil...sungguh terasa lembut tangan mak menyapu ubun2 kepala..sungguh terasa tenang walau tangan tua itu hanya menyentuh bersahaja tubuhku..walau tanpa belai..kasih sayang mak tiada tara bandingnya..melayan kerenah anak dan suami..sungguh mencabar hati..zahirnya mak seorang yang lembut luaran..tp cekal jiwanya.segalanya di depan mata..rindu mak....!!
Subscribe to:
Posts (Atom)