skip to main |
skip to sidebar
GOTONG-ROYONGAl kisahnya hari ini kami bergotong-royong perdana siri ke- 2..pakai ramai2 pakai baju sukan berselinsing lengan baju membersihkan persekitaran daerah atau zon yg telah ditetapkan. Bukan nak buat berat mana pun. Kontrak kebersihan sedia ada. Cuma bagi menambah rasa kebertanggungjawab terhadap alam sekitar dan tempat kerja. Gotong royong ini juga susulan bagi memenuhi kempen menanggani masalah wabak penyakit berjangkit. Segalanya mudah kalau kita punya amalan bekerjasama bak kata omputih ''teamwork". Namun..kadang kala, kerja yang mulanya rasa seronok nak buat boleh jadi tak seronok kemudiannya. Kenapa?? Ermm.. sbb kerja yg sepatutnya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan jadi kena pikul sorang2. Memang sakitkan rasanya bahu bila terpaksa pikul beban sorang2..Mana-mana pun ada masalah ini. Bila nak sedar pun tak tau la..******************************************************************************BALIK KAMPUNGHohohoh balik kampung... petang ni lepas kerja aku ngan abah aku nak balik ipoh. Tiap-tiap minggu aku balik kampung sekarang ni. Kerja-kerja renovation rumah belum selesai lagi jadinya abah terpaksa stay kat rumah sewa aku untuk memantau kerja-kerja tersebut. Memang kena pantau!! Aku sungguh2 tidak berpuas hati dengan hasil kerja syarikat yg pasang awning n grill dan tingkap rumah aku tu. Eeee...mmg sungguh2 tak berpuas hati sampai aku suruh dia bukak balik grill tingkap tu. Dan buat pertama kalinya aku dgn beraninya marah tokeh awning tu.." lu org ni pandai wat keja ke tak???''..hahaha customer is always rite kan!!! Jadi petang ni abah nak balik la tgk emak ngan adik kat rumah. Sian depa kena tinggal ber2. Mak hari2 call..haha tak biasa duduk jauh2 depa ni. Tapi bila dah duk dekat2 asik nak berdebat jeeeeeeeee...hahahaaaaaaaaaaaaaa********************************************************************************
Dingin..sejuk..layu..lelap..lena..huhuhu hujan selebat-lebatnya petang ni. Cuaca luar memang dingin ditambah lagi kesejukan aku dek lantangnya kuasa air-cond bilik kerja aku. Apa yg aku rasa?? Aku rasa nak lena..(mula la nak dtg sifat2 mazmumah time2 bos takde ni..) Lega rasa kepala bila semua kerja urgent dah selesai. Lapang rasa dada bila tak ada 'intity' yg menyesakkan aku. Rehat sekejap la buat masa 2-3 hari ni. Timbul tenggelam entry aku dek bz ngan 'intity' yang berjaya menaikkan semula tekanan darah aku. Dan tahniah untuk dia kerana membara jiwa muda aku. Membaran tanpa rasa. Alhamdulillah belum ada lagi dinding yg pecah..hahaha dasyat...dasyat.! Jauhkan aku dari sifat amarah yg berterusan. Mood beku nak menulis. Line celcom aku masih bermasalah. Belum ada kesempatan nak potong line. daaa...
Lama tak posting.Mula-mula igt nak recover balik cerita2 kemana aku menghilang. Tengah semangat mengumpul bahan untuk diposting, line celcom (jalur lebar) tak boleh guna. Sampai ke hari ini..entah sbb apa aku pun tak tahu. Aku pun dah mula berkira-kira nak stop je line tu. Nak masuk streamyx. Alhamdulillah tak lama lagi aku akan mula menduduki rumah aku sendiri. Segala urusan firman guaman dan bank telah selesai. Tengah tunggu nak buat sedikit kerja-kerja renovation sebelum aku masuk. Selepas ini aku akan kembali hidup solo. Huhuhu..dah mula berangan-angan nak deco umah...ongkosnya..heh!! Dan pastinya selepas ini aku akan hidup dalam keadaan poket yang ala2 nak kosong tak kosong la. Mujur aku ada wat sedikit simpanan sebelum ini. Abah aku kata, org kalau beli rumah dalam tempoh 2-3 tahun tu sesak la sikit..aiyakk..takutnya aku dgr..aku kan kuat makan..kurus la aku lepas ni..hihihihi..
Kadang-kadang kita mesti pernah terfikir..apakah sebenarnya tanggapan orang terhadap kita. Kita sukar menelah apa sebenarnya yang terkandung dalam hati dan perasaan orang. Adakah jujur, ikhlas atau kerana terpaksa mendampingi kita..menyukai kita. Adakah kerana ikhlasnya benar mendampingi kita..atau hanya kerana kepentingan kehidupan. Kejam rasanya kalau aku jatuhkan sesuatu jawapan dengan telahan aku sendiri. Tapi kadangkala itulah yang aku rasa..kerana apa?? Kerana aku bukan insan istimewa, insan berbakat, insan setanding dan kerana aku hanya manusia kecil yang tidak punya apa-apa melainkan perasaan yang perlu aku jaga sendiri. Siapa lagi yang akan menjaga kalau bukan diri sendiri..
Semalam aku seharian berkeseorangan menjaga pejabat. Staf-staf yang lain menghadiri kursus KPI. Nama aku takde dalam senarai. Pelik jugak..aku telefon bahagian Pentadbiran, kenapa nama aku tak ada. Katanya bagi peluang kepada staf yang lain. Takpe la aku terima. Dari pukul 8 hingga ke 5 ptg aku menjadi raja di pejabat. Aku siapkan laporan tahunan mana yang patut. Mana-mana kerja yang masih bersisa aku langsaikan. Panggilan telefon pun ada 2 je semalam. Tak ada masalah. Aku tenang. Selebihnya mengantuk pun ada.Sebelum balik aku berkira-kira hendak makan diluar malam ini. Aku call ext housemate aku. Dia setuju. Aku seperti biasa memang suka sangat makan beef steak di restoran itu. Malam ini rasa dan kelembutannya tidak menghampakan aku yang sedang kelaparan kerana tak makan waktu lunch.Aku tak tahu kenapa walaupun aku keluar bersama rakan atau sahabat, aku tetap terasa bersendirian. Usai makan kami ke Tesco mencari barang keperluan. Aku singgah ke MPH. Ada sesuatu yang aku cari. Aku pernah terbaca tentang buku La Tahzan. Aku juga penah membacanya 2 bln yang lalu di MPH. Tapi waktu itu aku tak berhajat ingin memilikinya. Ramai yang kata menarik buku tersebut. Langkah aku laju tepat ke rak buku yang tersusun naskah yang aku cari. Kalau 2 bln lalu aku jumpa satu buku bertajuk La Tahzan..smlm aku jumpa 4 buku daripada berlainan penerbitan. Aku tak pasti yang mana satu isinya benar-benar mudah aku fahami dan selesa membacanya. Aku capai jilid2 kecil berwarna kuning yang mempunyai 3 jilid siri. Sipnosisnya mudah aku fahami. Menarik..dan seakan sebati dengan jiwa aku, memahami apa yang aku cari. Buku kecil terbitan Al-Hidayah itu aku gapai dan bayar. Semalaman aku habiskan masa membaca naskah kecil ini. Aku harap aku tidak bersedih lagi selepas selesai membaca jilid-jilid yang berikutnya.Banyak panduan, nasihat dan contoh-contoh yang sangat sinonim dalam kehidupan dikupas dan diutarakan. Semakin lapang kesempitan rasa yang aku lalui selama ini..Setelah kesulitan Pasti Ada Kesenangan.LA TAHZAN...
Selepas aku balik dari kursus Kenegaraan pada 17/5/09 tempoh hari, esoknya aku terus ke Dungun Terengganu. Ada Sukan Staf. Seluruh sistem tempat aku bertugas turun bagi menjayakan karnival ini. Bagi yang mengambil bahagian saja la. Aku masuk 2 game. Semangat tu dah ada, tp kadang2 badan tak larat nak sempurnakan. Yang penting aku bagi komitmen yang baik untuk kedua-dua pasukan. Macam-macam perkara yang terjadi dan berlaku di sana. Biasalah bila ramai manusia dah berkumpul. Ada pelbagai ragam dan cara yang sudah tentunya berlainan antara satu sama lain. Kena terima dengan tenang. Tapi dalam tenang ada juga kocaknya. The true colour of attitude kita boleh nampak. Ada yang nak tunjuk hebat. Ada yang nak monopoli keadaan. Ada yang baik hati, bertimbang rasa dan semua macam sifat manusia boleh dilihat. Aku seperti biasa..hidup dalam alam sepi aku. Bukan aku tak bercampur dengan orang..tp kalau kadang2 kebanyakkan yang jenis suka 'sound' dan bersuara lantang aku malas nak ambil hal. Baik aku blah..dan kenangan di Terengganu pasti akan aku ingat sampai bila-bila. Dalam cara dan interpresasi aku sendiri.
Belum habis penat aku dengan sukan staf,(aku balik dr sukan staf pada 22/5/09, jam 1 pagi sampai umah) esoknya aku terlibat dengan pendaftaran pelajar pre-law. Rasa 'Weng2' jugak kepala aku. pagi2 lagi dah kena bergegas ke tempat kerja. Dalam kepala masih weng2, 2 orang staf aku tak datang kerja. Terasa hangin menyirap seluruh sistem badan aku!! Keadaan kalut masih lagi tak mahu fikir tanggungjawab. Aku malas dah nak persoal bab tanggungjawab ni. Kadang2 aku rasa aku manusia malang yang terpaksa dilempar ke daerah ini..huuhuhu bukan aku tak bersyukur dengan rezeki dan dugaan yang tuhan berikan ini..tp aku sedikit terkilan dan kecewa. Aku berdoa semoga keadaan cepat berubah. sakit hidup dalam belenggu hati membungkam seribu rasa!!
Alhamdulillah..semuanya selesai. Hampir 2 minggu aku tak masuk ofis. Pertama kerana menghadiri Kursus Kenegaraan hampir 5 hari di Kem Pelatih, Teras Naka di Padang Terap bermula 13 Mei - 17 Mei 2009. Hari berkursus dilalui dengan tenang. Menguji daya tahan badan, mencabar daya pemikiran ketika berLDK. Antara aktiviti yang memerlukan aku berfikir secara 2 arah. Terlalu banyak falsafahnya.Ini mungkin cara Fasi aku mengendalikan LDKnya. Tetapi semuanya berteraskan Kenegaraan. Dari kursus ini aku sedar betapa pentingnya muafakat dan keharmonian dalam negara. Betapa pentingnya NEGARA dan pentingnya POLITIK dalam sebuah Negara.(aku tak minat politik..huhuhu) Semasa kursus ni juga jadual hidup aku berubah secara drastik. Tidur selewat 1 mahupun 2 pagi. Bangun esok paginya seawal 4.30 pagi. Perlu menghadiri solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah pagi. Walaupun uzur..(aku uzur waktu tu..wajib turun!!) Seterusnya senaman pagi, berkawad, pembentangan kertas kerja, LDK,riadah petang,kembara..semuanya ala-ala askar. huhh penat berkejar kejaran dengan baju kurung putih kain hitam, kasut hitam bertutup. Haus tumit kasut aku..ahahah..penat.. tp menyeronok kan. Sekali lagi aku mengenali ramai teman baru. Aku ditempatkan di asrama 9 bersama seorang staf unit kesihatan tmpt aku bertugas dan yang lain penghuni asrama ialah tenaga pengajar dari sekolah sekitar perak dan pusat matrikulasi. Banyak cerita dan pengalaman kehidupan yang dikongsi bersama ketika kami berkursus. Baik jadikan teladan buruk jadi sempadan. Kalau nak diikutkan terlalu banyak yang mahu aku ceritakan. Rasanya tak perlulah..pergi dan rasai sendiri.