Tuesday, June 18, 2013
Aku dapat rasanya kesedihannya...kerapuhan hatinya .. bukan senang utk kita menerima makna kehilangan..jika hanya satu kehilangan mungkin rasa boleh dipujuk..sebaliknya kehilangan yang berturut-turut. Masih ingat kisah sahabat aku yang kehilangan ibu tersayang awal bulan lepas..? Hari ini..seawal jam 5.29 am aku terima pesanan ringkas sahabat ini .." Ayah saya telah meninggal dunia tadi..Al-fatihah" . Terduduk aku..sayu..masih dalam keadaan bersedih dengan kehilangan ibu..ayah pula menyusul. Semoga sahabat terus tabah menghadapi ujian ini. Hari ini masa mereka telah tiba..kita masih menunggu segalanya masih menjadi rahsia tuhan..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman ~ Al-Fatihah..
Monday, June 17, 2013
Hari ni leka sangat dr awal pagi..sambil buat kerja sambil berjoli...on email..tiba-tiba rasa satu kerugian pula..sepatutnya pagi ni ada satu program wacana kontemporari bertajuk " Membongkar Misteri Kitab sihir Kuno : Penghubung Dunia Dajjal ? dan menjawab persoalan SYiah & Murtad..- Ust Jamnul Azhar Mulkan..dia best...huhh pasai pa aku baru dapat email nii?? padahal program jam 9 pagi tadi....grrrrr...rugi kot!!!
" Dan mereka mengikuti apa yang dibaca syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. (Dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir) hanya syaitan-syaitanlah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yg diturunkan kepada dua Malaikat di negeri Babil, iaitu HARUT dan MARUT, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan " sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir"
" Dan mereka mengikuti apa yang dibaca syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. (Dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir) hanya syaitan-syaitanlah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yg diturunkan kepada dua Malaikat di negeri Babil, iaitu HARUT dan MARUT, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan " sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir"
Mesti sebelum Ramadhan ini..selagi belum..selama itulah bebanan rasa ni menekan hati..!!! beri aku kekuatan..utk terus istiqomah...
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Sunat Taubat:
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.
5. Baca Doa Taubat
.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
.
Sunday, June 16, 2013
Apa yang dikatakan dengan keberkatan hidup ? erti kata senang dan mudah difahaminya ialah - “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”.
Ini aku petik dari sebuah blog yang aku jalan2 pagi ni..- Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.
Ini aku petik dari sebuah blog yang aku jalan2 pagi ni..- Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.
Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasti tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.
* sedar tidak sedar kadang aku terasa tidak mencukupi..yang ada dikeluarkan tanpa hala dan keperluan sebenar..di mana letakknya kepuasan? Sentiasa tiada berpenghujung. Ada kurangnya di sana sini.. Adakah ini tandanya hidup aku tanpa keberkatan Allah?? Allah semakin mahu menduga aku kerana rindu mahu mendengar aku merayu dan meminta-minta padaNYA..Aku kah hamba yang SOMBONG itu...????
Subscribe to:
Posts (Atom)