Friday, January 6, 2012

Perlu Ke..?

Subhanallah...Allah Maha Besar...

Kalau tak mampu nak buat yg besar-besar..bagi aku satu hari satu ayat sudah cukup.Asal hati cukup ikhlas meluahkan..melafazkan..membenarkan..Allah itu ada..Esa..pemberi segala nikmat..amin..Owhh..lupa ini bkn blog islamik..ini blog rapu-rapuan..sukalah apa saja yg mahu aku tuliskan..asal kepuasan itu lepas..bukan lepasnya seperti bercakap dengan dinding yang aku rasa terpantul balik ke muka aku..merepek sudah!

Semalam..sorang staf beramal..buat belanja wang habuan cemerlang..Alhamdulillah..rezeki..semoga dimurahkan lebih-lebih lagi rezeki dia..kemudian sayur2 kuat juga la..aku dgr org ckp.." ni kenduri dpt duit cemerlang ekk" ! dgn nada yg menyindir..owhhh..ada plak mengiyakan..ada org tu tak buat pun..SENTAP aku noks!!!! uishh..tetiba rasa @#$%^&U*I dlm hati...tapi uishh sabar2...aku tahu apa yg aku buat..aku ikhlas apa yg aku buat..xkan aku nak canang ..apa yg aku buat..iskk..mulut org kita mmg xleh nak kontrol..tp HATI dan KESABARAN juga MULUT kita sendiri je kita ne kontrol..senyumlah..:) xmau memanjangkan rasa2 yang tidak indah itu..sbbnya nanti..sendiri rasa tidak best..
Perlu ke rasa tak best??

Semalam petang juga..aku jumpa sorang ni..kadang-kadang..aku rasa ingin saja membenarkan..apa yg mereka-mereka kata..aku berdoa diam-diam..dalam-dalam..semoga apa yang diperkatakan itu satu kenyataan..kenapa? sbb aku rasa tenang..mainan perasaan ke? Aku tak main-main tapi aku seriuss!! haha..ye aku mmg benar membenarkan dalam hati ..Perlu ke aku berperaasaan begitu ye..AMIN..

Hari ini..seperti biasa..hari Jumaat..cuti..bosan..sorang..masuk room..nyanyi..ehh aku mmg suka nyanyi lagu sedih2..wakakakak dan kadang2 aku rasa aku hanyut dlm tempo..alunan dan lirik yang aku nyanyi..hingga aku rasa frasa kehidupan aku byk yang sedih-sedih..aku rasa mata aku bengkak2 sbb lagu sedih-sedih..hati aku letih-letih sbb lagu sedih2 jugak! hahaha..apalah sengalnya aku ni..Perlu ke nak mcm tu kan..haihh...

p/s : apa yg aku rasa sekarang?? nak nangis sbb dgr lagu ombak rindu..wakakakka perlu keeeeeeee????

Perlu ke..

Tuesday, January 3, 2012

Alasan..

Tolong jangan beri dan cipta alasan yang kurang cerdik..gelihati mendengar dan menerimanya..aku mengiya bukan turut sama tidak cerdik..tetapi sekadar memerhati dan leka menilai peribudi seorang manusia..dan hamba tuhan..:)

Monday, January 2, 2012

2012!!!

AllahuAkhbar..Allah Maha Besar..

Alhamdulillah..tuhan pencipta cinta segala cinta..berpeluang menikmati nikmatnya hingga hari ke dua dalam tahun 2012..salam tahun baru..semangat baru?? Azam baru?? tiada azamm yg menggunung tinggi..cuba sekadar..mahu menjadi manusia yang lebih tertib dan BERSABAR..bila sabar itu kuat ..segalanya insyaAllah..mampu mengawal dan mengikat jiwa..mampukah aku?? tidak banyak..sedikit..insyaAllah..

Tidak banyak mahu aku repek kan..sekadar menjenguk..melepas lelah....kepuasan terbuku diluah..kesan sgt terasa thn ini..bakal meninggalkan angka ..naik seterusnya perjalanan angka yg baru utk seabad lg..insyaAllah jika dpt menghela zatnya..8 hari..selamat tinggal kamu..aman2 ya di sana..namun..masih menjadi manishati ayah bonda yg berumur 16 tahun..hahaha..masakan tidak kan..:) duduk molek-molek..biar sentiasa manis di hati dan mata ayah bonda..terima kasih kerana hingga saat ini..tidak pernah keluh kesah menyayangi aku..ya terharu..sobss..

Dan..hari ini..buat berjuta-juta kalinya..asik aje melayan lagu TERLALU-ST12 yang rasa mcm sedap2 aje mendengarnya..mmg dah fe'el..asal suka je sesuatu lagu..pusing la terus sampai berapa juta kali pun tanpa jemu..meh kita sing sama-sama ye kawan-kawan..

Lirik Lagu ST12 Terlalu Lyrics

aku terasa mati ditinggal kekasih
tak pernah terpikir ini bisa terjadi
aku terasa pilu saat kau berlalu
hilang semua kisah cinta dalam hatiku
namun kau tak merasakan
sayangku padamu kan ku ingat slalu
biar ku bawa sendiri

reff:
aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku

repeat *

reff2:
aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan kepedihanku
aku tak bisa menahan air mataku
hatiku tlah hancur hilang semua mimpiku
untuk hidupmu nanti

aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku
aku telah hancur hilang semua mimpiku

Sunday, December 4, 2011

Kalaulah Boleh..

Dengan Nama Allah..Sesungguhnya hanya DIA..


Kalaulah boleh..aku tidak mahu hanya bercerita ttg hanya kesedihan di Dunia Sepi..biarlah semuanya ceria dan gembira..tapi..bukan kehidupan namanya tanpa kesedihan hati..

Hari ini..seawal pagi yang patutnya ceria dan tersenyum..aku sendiri mengguris rasa. Melangkah ke pejabat dengan senyum indah..namun dicalari dengan suara-suara deras seolah sengaja untuk mencuri dengar aku..untuk menguji kekuatan jiwa tisu aku..seolah biar aku tahu..mereka bergembira dan aku berkeseorangan..bersendirian..dan disisihkan..kuatkan jiwa dan semangat aku Ya Allah..supaya tidak lemah dari ujian dan dugaan kehidupan dunia MU..


Kalaulah boleh aku undur masa..mahu aku ulang tiap terap kaki aku ketika pertama kali melangkah ke sini..supaya hati-hati dengan hati manusia yang kita sendiri tidak tahu hitam putihnya..itu jika kalau boleh..agar aku bisa pilih-pilih mana hitam..mana putihnya..tidak mungkin kan..

Nasihat teman..walau di mana kita ada..tidak mungkin tidak kita berjumpa manusia sebegini. Jangan kudiskan hati sendiri dengan perlakuan dan tindakan manusia tidak cerdik. Aku harus teguh dengan perwatakan walau hati kadang2 menangis. Tidak boleh goyah dipandangan hati mereka. Tidak tercalar sedikitpun raut di wajah. Biar ada rasa gerun ..dan biar mereka tahu..aku berhati besi walau diherdik menganas dan mengila amarah asukkan hasad muslihat syaitan di hati-hati manusia yang sentiasa tidak berpuashati..

p/s : Kalaulah aku mampu tersenyum dan hati juga tersenyum ..tentu indahkan..~
ehem..bahasa melangit 7 petala alam..

Thursday, December 1, 2011

Duri Mendiam

Orang yang anda percayai..org yang anda sayangi..orang yang anda hormati..memberi seikhlas hati..tanpa sekelumit rasa sangsi..rupanya..ada rasa yang tidak disenangi..ada iri di hati..ada hasad menyelebungi..dalam hati ada duri..terima kasih kerana memberi aku pengajaran dan pengalaman ..bahawa tidak semua perkara yang baik dan ikhlas itu dibalas dengan sesuatu yg ikhlas..kasih sayang tuhan itu luas..inikan pula kita sesama manusia..kenapa perlu dibina sengketa hanya kerana perasaan sakit di hati yang membungkam dan hasutan syaitan yg mmg inginkan kita berbalah sesama sendiri..kau hawa ..aku juga hawa..aku masih sayang ribat ini..dan aku akan terus menyayangi ..kerana kasih syg itu indah tautannya..



~ hati tisu..tetiba teringin nak makan roti tisu plak..hihihi

Hati

Subhanallah...Allah Maha Besar..


Pagi ini Khamis 1/12/2011..sangat damai aku rasa. Setiap pagi Khamis di awal bulan..kami akan ada tazkirah pagi..yang akan disampaikan oleh ust dan ustz (terdiri oleh kami sendiri..hihi). Bahan tazkirah yang akan disampaikan bebas..asalkan memberi manfaat bersama..Jadinya bila tiba giliran empunya diri menjadi ust atau ustz..masing2 akan mengoogle ataupun mencari bahan ilmiah untuk disampaikan..Hari ini bukan giliran aku..giliran aku sudah lama lepas..


Seperti yang sedia maklum, kita baru je menyambut Awal Muharram kan..dan tajuk takzirah pun berkenaan kemuliaan Muharram..bla..bla..bla..ustazah pun menyampaikan tazkirahnya..di setiap akhir sesi ini..Bos akan pusing dan tanya..ada sesiapa mahu menambah..? Seorang penyelia mengangkat tangan..katanya " kita harus berhijrah dari yang lebih baik kepada yang terbaik..dan seterusnya ...." (panjang malas nak hurai) kemudian bos aku plak teringin nak menambah .." Dalam apa-apa perubahan sekalipun yang kita mahu..akan buat..sekecil-kecil perkara yang perlu kita lihat ialah HATI kita..jika HATI kita masih tidak berubah..dengan sikap dan perasaan HASAD DENGKI dan CEMBURU tak payah lah nak ubah menda yang besar-besar..pokok pangkal HATI kena BERSIH..