Monday, December 7, 2009
Seperti Yang Dijangka..
Hari ini aku berbengkel..sebagai persediaan kedatangan audit. 3 nama peserta disenaraikan dan aku salah seorang darinya. Dari semalam..aku seperti sudah menjangka dan menduga...kehadiran peserta dr unit aku ialah aku seorang sahaja.. dan sangkaan aku tu tidak meleset sama sekali. Seorang EL hari ini..dan seorang lagi keluar jumpa pakar tulang. Aku tidak mahu komen apa-apa..memang sangat2 selalu berlaku. Aku bersedia seadanya...mengeluh panjang macam mana pun keadaan tidak akan berubah. Cuma doa senjata aku..hanya DIA yang mampu membantu aku. La Tahzan..La Tahzan..
Sunday, December 6, 2009
Keputusan..belum ada!
Aku baru balik dr temujanji dgn pakar kesihatan keluarga..Dr Jamilah Abdullah..puas hati dengan layanan beliau..segala yang aku tanya di jawab dengan penjelasan yang jelas! Wajahnya tenang dan berkarisma..aku suka..terima kasih doktor! Seawal pagi lepas fingerprint aku dah bergegas ke pusat kesihatan itu. Konon nak sampai awal..boleh dapat no giliran cepat. Huh..sangkaan aku meleset..makcik2 dan pakcik2 dah lebih awal dr aku..haha..aku rasa adalah 2-3 orang je patient yg muda termasuk aku..yelah penyakit ni ramai org tua yg kena..Ermm..jaga kesihatan anda. Aku igt lagi..no giliran aku td ialah 50..sebelum masuk bilik doktor..aku kena amik tekanan darah dulu..lama juga aku tunggu sblm amik tekanan tuh..bygkan dr pukul 7.40 pagi aku sampai ..giliran aku dalam pukul 10.00 pagi...takpe sabar..tapi..kepala aku sakit..tiba je giliran amik tekanan darah..tgk2..140/111 mak aiii..aku pun terkejut..makcik2 yg duduk tepi aku tu pun terkejut..haha aku wat rileks je la..nurse tu suruh aku tunggu di bilik no 1 ( bilik doktor ). Aku excited nak jumpa doc. sbb nak tahu result blood test aku hari tu.. Doc terangkan satu persatu..Malangnya aku x dpt copy keputusan itu..cuma doc terangkan cholesterol aku tinggi - 7.56 camtu..kena turun sampai bawah 5..pastu..badcholesterol (x silap aku la aku dgr doc ckp)-5.25 yang ni pun doc suruh turunkan bawah 3. Dan ada lagi satu..! dia tulis situ ALT - 97 ..tinggi doc kata..aku tak paham apa benda ALT tu..doc kata itu berkaitan dengan sistem hati..di mana sepatutnya paras normal adalah dlm 40 shj..errmm mana2 doc yg ada baca blog aku ni tolong betulkan kalau salah..aku terang mengikut kefahaman aku jer..Jadinya..pada temujanji akan datang yg sepatutnya aku kena buat ultrasound utk buah pinggang sahaja terpaksa tambah lagi satu..u/s hepatobiliary system...huhh..aku panik..aku berdoa jgn lah yg bukan2..doc kata byk kemungkinan kenapa terjadi..sbb aku muda..itulah yg kena wat ultrasound nih. Mungkin sbb tahap cholesterol yg tinggi tu menyebabkan lemak2 tu berkumpul di hati aku..dan utk jawab kemungkinan2 tulah yg ujian2 ni terpaksa aku buat. Ermm..mula aku kenang balik..aku suke makan beef steakk! arghh...tp aku dah lama tinggalkan..so kawan2..jaga pemakanan anda yer..Aku punya urine test result pun ada gak yg x ok..tp aku bkn amik dadah ok! Entahlah..kenapa tahap kesihatan aku makin2 merudum..lepas satu2..Secara keseluruhan doc cuma suruh aku lebih banyak bertenang..jangan mudah tertekan...dan berehat banyak2..InsyaAllah...Hari ni aku pulang dengan buah tangan dari pusat kesihatan..iskk.ini yang aku culas ni..sebelum aku terima buah tangan dari en. Farmasi tu sempat dia tanya aku.."Ini ubat adik ke..??" aku jawab " Ya.." dia tanya lagi.." Sejak bila makan ubat ni ?" sambil senyum.. " Ermm..ni la baru first time saya nak ambil.." Lepas tu dengan peramahnya dia terangkan ..makan separuh biji sekali sehari..baekk..en farmasi..dan..dia menambah lagi..." jangan berenti makan yer tanpa nasihat doc!!" cisss...yer..yer baekkkkkkkk...!
ni nama buah tangan yg aku dapat dr en farmasi tu -->ENALAPRIL MALEATE
p/s ..kenapa ehh ramai benar yg kepala berangin skang ni..ramai yg lagi sakit rupanya di luar sana..kesian..:(
ni nama buah tangan yg aku dapat dr en farmasi tu -->ENALAPRIL MALEATE
p/s ..kenapa ehh ramai benar yg kepala berangin skang ni..ramai yg lagi sakit rupanya di luar sana..kesian..:(
Saturday, December 5, 2009
Ruang Kosong
Tiada entry untuk semalam..aku tidak punya sesuatu untuk diceritakan. Ruang kosong yang begitu kosong. Masa yang dibiarkan kosong percuma begitu sahaja. Melayan kerenah ribat yang aku sendiri tidak tahu ke mana arahnya..layankan saja..walau aku tahu kalau ianya tidak berbaloi suatu tika nanti akan membuang masa aku begitu saja. Lagu "Selalu Mengalah" by Seventen aku putar berkali2..Aku tampal di mana2..biar sedar atau tidak..aku cuba berkias dalam diam..Aku sudah tidak kesah..walau kadangkala aku kata hati aku ibarat batu yang pejal..tapi andai di hempas berkali2..mahu berserpih juga..aku hanya wanita beb! Aku hamparkan ruang kosong! Tidak berharap tinggi pada ribat ini..secebis cuma..!
*Merepek dah aku ni!!
*Merepek dah aku ni!!
Thursday, December 3, 2009
Ketenangan..
Semalam..lepas balik dr pejabat..hati tidak keruan..Aku menangis di pejabat..atas beberapa perkara yang benar-benar mengganggu hati dan fikiran aku. Dada aku sesak dan sakit bila fikir segala permasalahan itu. Sebab dah tak tahan sangatlah air mata aku begitu laju menitis. Aku puas bila luahan aku ada yang mendengar. Ada yang menenangkan..terima kasih dik! Aku sebolehnya tidak mahu ada yg kesan riak hati aku yg sedang berkocak. Entah macam mana sedang aku berbual dengan dia semalam..air mata aku tiba2 jatuh..arghh..akhirnya! " Tengok akak senyum jer..macam takde apa2.." ermm..senyum aku semahunya.. kalau aku tak senyum orang kata aku garang..haha senyumlah kepada seisi alam..Aku tak mahu beratkan fikiran aku minggu ini..tidak mahu sesakkan dada dengan segala macam masalah..6/12 ni aku ada temujanji dengan doktor Jamilah..mahu tinggi nanti tekanan darah aku..tidak..tidak mahu!..Balik dari pejabat semalam..aku tenangkan fikiran..sibuk kan diri..mengemas rumah sampai tak terkemas..haha..mop satu rumah..solat isyak..aku berdoa..sungguh2 aku berdoa moga Allah berikan aku sedikit ruang ketenangan..lapangkan dada dan fikiran aku. Aku rasa Allah mendengar permintaan aku..aku mengantuk..fikiran aku kosong..dan lena dalam keadaan yang begitu tenang sekali..Alhamdulillah..!!
Wednesday, December 2, 2009
Kebiadapan
Pagi semalam..aku telah berkasar dengan seseorang. Hakikatnya aku bukanlah begitu. Cuma bahayanya aku kerana aku seorang yg mememdam..menjeruk rasa..mendiam dalam. Bila sekali melodak gelora rasa ..tersembur segala bagai..aku mohon maaf kepada beliau..bukan niat menunjuk kebiadapan aku. Bukan niat mahu berkasar laku. Bukan niat menyalit sembilu di hati..bukan..bukan niat aku begitu. Aku terkilan dengan tindakan itu. Kepercayaan di cemar..aku tidak suka privacy aku dilanggari..tidak suka. Maaf kan aku atas kebiadapan itu..
Kerja Oh Kerja..
Semalam punya kerja..sampai ke hari ini peningnya kepala aku..haha teruk betul aku kan. Tak tahan dengan tekanan. Bukan apa..smlm aku kena pergi urgent mesyuarat (wakil sperti biasalah) penyediaan bajet RMk10 bg unit aku..semuanya perlu siap hari tu juga..banyak okeh! berpeluh2 'jantan; jugak lah aku semalam sorang2 nak menyediakan bajet bagi keperluan fasilitas perabot bagai utk penempatan 6000 manusia intelek ini. Dalam hati nak nangis kuat2..hahaha banyak beb..banyak..! Bukan satu kepala kena pikir ni tapi banyak kepala nih..Takpe..tarik nafas...lepas..ermm.. Pengerusi mesyuarat tergempar tu pun paham dengan semua yang kena melaksanakan tugasan urgent tersebut. Dahi berkerut2..haha almaklumlah kerja serius.. mesyuarat bermula jam 12.45 tgh hari time nak lunch tu..lepas jam 2 kakak penyelia datang membantu aku..lepas lah sikit lelah nak memikir dengan nak memasukkan data2 tu dlm format excel. Ada 2 kepala boleh kongsi2 fikir. Gigih2 kami laksanakan tugas itu..akhirnya tepat jam 5 selesaiiiiiiiiiii...hahaha alhamdulillah..huh..berjaya jugak..!! chaiyok..chaiyok..tapi kan..kepala aku sakit plak hari ni..ekekekek..janganlah ada apa2 kerja urgent lagi hari ni..wakakaka...tak mahu..tak mahu...!
*p/s bos takde..3 org kanan bos juga takde..semua pegi kursus n bla..bla...org kiri bos ni jugak yg tinggal jaga opis..setia menunggu tugasan2..dgn senyuman..hahahaahahahahaha (ketawa jahat!)
*p/s bos takde..3 org kanan bos juga takde..semua pegi kursus n bla..bla...org kiri bos ni jugak yg tinggal jaga opis..setia menunggu tugasan2..dgn senyuman..hahahaahahahahaha (ketawa jahat!)
Tuesday, December 1, 2009
Banyak kisah
Pagi ini aku mahu berkisah-kisah..
kisah 1 - Pujian..
Aku nak berkisah pagi ni aku pakai baju merah..bila aku melangkah je keluar pintu umah..jiran aku (ex housemate aku )yang kebetulan nak pegi kerja pada masa yang sama memanggil aku dan berkata .." haihhh comei ko arini.." wakakakakak ( pengsan time2 tu jugak!) tipu..tipu..! aku tak pengsan aku cuma tersenyum simpul dan berkata.." terima kasih.." huwaaa..hati aku berbunga2 dan semangat nak senyum jerk sepanjang hari..haha..sepanjang hari tu..kisah kat pejabat belum tentu mampu memantainkan senyum aku di awal pagi ini..hermm..gunalah teori nih yer..pakai comei2..mampus perasan muntah hijau...!! lantak ada aku kesah kalau korang kata aku perasan..huhuhu..kebahgiaan aku..jiwa aku..kesenangan aku..kegembiraan aku..!Aku bkn suka di puji..tp kadang2 pujian mampu memberi satu aura kebaikkan dlm diri kita..dan kadang2 pujian boleh juga merosakkan kita. Bukan nak bangga diri..tp bos aku kadang2 suka puji aku ( dulu la masa aku nerd awal2 masuk keja) dalam2 perjumpaan pagi dengan staf2..aku tak suka..aku malu..aku jumpa personel dengan bos aku..aku beritahu..Pn..saya kurang senang Pn memuji saya di hadapan ramai. saya tidak selesa. ya aku mmg tidak selesa di puji di hadapan ramai. Kalau dia mahu memuji kerja aku biarlah secara personel. Kerana apa..? kerana aku tidak mahu ada hati lain yang terasa..kita bekerja bkn secara sendiri..tetapi secara bersama..kalau nak puji..puji semua..kalau rasa pujian itu bkn utk semua..secara peribadi lah pujian itu..ya benar pujian mampu menaikkan motivasi kita..tetapi pujian yg lebih juga mampu merosakkan!..bersederhanalah dalam segala segi..
Kisah 2 - Kawan...
Kawan..kawan ..jangan makan kawan! banyakkan kita dengar kisah kawan makan kawan..kenapa nak makan kawan? Makanlah nasik ke..meehoon ke..iskk..tak paham betul lah..Banyak sbb sebenarnya kenapa perkara ini terjadi. Semuanya berpunca dari penyakit hati. Penyakit hati ni banyak..tamak..dengki..iri hati..dan sebagainya lah. Dah nama manusia mmg tak lepas dari semua perasaan itu. Sama ada dia sangat baik..atau sangat jahat. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana kita mengawal seketul daging yang bernama hati itu..Semalam aku bersembang dengan sorang staf unit aku..mereka ni muda-muda dari aku. Aku suka berkawan dengan mereka.." akak ada org tak suka kami baik dengan akak.." aku pun mengerut dahi..." Erkk..pesal plak ?" aku menyoal..macam2 lah..aku tak kacau orang pun.." Ni masalah hatilah kak..tak boleh tgk kami baik dengan akak..akak jangan amik pusing lah..kami ok je ngan akak!!" balas dia kembali.." Ermm..kalau pun dia nak marah sbb korang staf bawah dia baik ngan akak..itu akak xleh nak kata apa..tp kalau dia nak halang hubungan sesama manusia itu dia salah." pelik..pelik..aku pun x penah nak suruh derang baik dengan aku..derang yang selesa berkawan dengan aku..hak masing2..mengikut kata adik tu lagi, dia sakit hati sbb kami ( 3 org ) berkawan baik. Aku boleh gelak-gelak dan makan2 dengan derang. Boleh kuar sama2 time hujung minggu..Kerja is kerja..walau apa pangkat sekali pun.. hubungan sesama manusia harus di pelihara..."Habl' Minal Nas" Aku hanya manusia biasa-biasa saja..tidak punya yang lebih dari yang lain..tidak perlu berhasad durja menjalang di hati..sedih..tapi biarlah!
Kisah 3 - Melawan Rutin
Sejak lepas raya puasa hari tu..aku bina satu rutin hidup (lepas kerja) yang aku rasa agak melemaskan aku. Hingga aku seolah terikat dengan rutin tersebut. Dan..rutin itu sebenarnya banyak membawa kesan dalam kehidupan aku. Ada buruk..ada baik..namun ternyata rutin tersebut (bagi akulah) banyak yang memudaratkan aku sendiri. Aku pun jenis yang tidak pandai mengawal emosi kadang2..jadi sekarang aku cuba melawan rutin tersebut. Aku mahu ianya tidak menjadi rutin..sekadaran mengisi masa yang terluang. Dan hakikat kata-kata "kawan jauh" aku kini benar2 aku akui..dia tanya aku..hobi aku apa..aku pun pusing2 jugak nak jawab apa hobi aku sebenarnya..haha mcm dah xde hobi je..lagi dia tanya aku apa minat aku..aku diam..dia suruh aku cari balik apa hobi aku..apa minat aku..barulah aku tidak terikat dengan rutin itu!!!..Thanks kawan..

Subscribe to:
Posts (Atom)