Sunday, November 8, 2009

Campur-Campur

8 November 2009

Menghitung-hitung Hari..
Dalam dua bulan ni mmg terlalu banyak tarikh-tarikh penting yang perlu aku ingat. Dan banyak jugak la perkara-perkara yang perlu aku laksanakan..

7/11/09 Pendaftaran pel.baru pra asasi
15/11/09 Pendadataran pel. lama asasi
6/12/09 Temujanji dengan doc.Jamilah Abdullah
10-13/12/09 Lawatan kerja Ke Kuching ( aku macam taknak pegi..haha)
15-17/12/09 Seminar Kebangsaan di KL
19/12/09 Pendaftaran Pel. Baru Dip
22/12/09 Audit datang lagi..
3/1/10 Radiologi test
9/1/10 2nd intake
10/01/10 Whoopss... tarikh keramat!.No cantik kan..

Aku mark tarikh2 ni sbb aku takut lupa.At least aku bukak blog dan aku akan baca balik. Banyak aje lupa kalau bab2 tarikh ni . Mesti banyak tertelan semut.huihh..Haritu aku lupa nak hadir kenduri sahabat aku. Aku mmg ingat dia kawen bln November ni. Dah berkira-kira nak apply cuti..bayangkan dlm pertengahan November. Dan konon2 plan ngan kawan lain. Sekali aiyak dia kawen 1 November. Kawan ngan dan plan ngan aku tu call. "Weh Cik kak kat mana ni.?? Kami on the way.." aku " On the way g mana?" dia " Gi Kenduri Erna la..!!" terkedu aku.. "err... wa kat opis ni....Uwaaaaaaaaa...wa lupa..seyes langsung forgot ler..!! Ampun pak..ampun kak.." huh..teruk kan.. oleh kerana juga aku di utara, hari cuti tak sama..kebanyakan kenduri2 kawen kawan aku yang tak dapat aku hadiri. Sedih beb. Nanti time aku korang jangan la boikot plak...:( ambe bkn sengaja. Dan..dalam bulan-bulan yang tersangat la banyak jemputan kenduri kawen..aku pun rasa akan ada yang tak dapat aku hadiri lagi. Sebabnya time-time ginilah aku akan membz..dengan persediaan kedatangan warga2 baru. Maafkan saya sekali lagi teman-teman..

***********************************************************************************

7 November 2009

Semalam tak sempat nak posting sbb aku kerja. Bertugas kat check point 1 sistem pandu lalu pendaftaran. Senyummmmm sepanjang hari menyambut kedatangan warga baru. Semalam cuaca terik dan panas teramat selepas 2 hari hujan tanpa henti. Keberadaan aku di bawah canopi biru tu dari pukul 7.30 pagi - 4.30 petang. Gagah mengikhlaskan senyuman dibawah bahang mentari. Dan..setiba di rumah..aiyak pipi ku merona merah!! Pedih terhiris..hahahaha..takde menda nak taip..dabes!




Friday, November 6, 2009

Munajatku..


Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


p/s *Aku terlalu rindukan ketenangan yang dulu..

Rabbi Yassir, Walaa Tuassir

"Permudahkan segala urusanku Ya Allah" Ketenangan jiwa..hilangkan kekusutan fikiran..jauhkan rasa keraguan dalam hati..teguhkan aku tetap berserah padaMU..

Tercalit Calar

Calar mencalari..cewahh gitu tajuk entri aku kali ni..apa yang tercalar? haha..banyak yg boleh tercalar..cumanya tgk jenis calaran la..kuat atau tidak.Kereta kalau tercalar..kita polish. Kalau calarnya tak sedalam mana..hilanglah ia. Macam tu jugak la hati. Apa yang membuatkan hati kita tercalar? Kena Cakau..wkakakakak! Jadinya hati aku kena cakau la nih..muehehehe..(merepek di pagi hari..ayat x kias pujangga tinggi..maknanya aku ok!)

Pengalaman..kadang2 kita byk tempohi macam2 perkara. Dan dari situ kita belajar jangan ulang perkara yang sama.Walau kadang-kadang kita ulang jugak..Itulah 'manusia' 'insan' . Istilahnya dr perkataan 'lupa'. Banyak perkara seminggu dua ni yg mengajar aku. Aku belajar dari pengalaman.Aku belajar dari rasa hati. Aku belajar dari nasihat teman.Walau keadaan baru nak pulih. Hati aku sedikit tercalar. Dan aku sedikit tawar hati. Biar..baru aku tahu..aku kuat sebenarnya! hahaha..(kuatlah sgt)

p/s wat2 paham jelah.

Thursday, November 5, 2009

Terima Kasih..

Sekarang musim hujan. Mungkin kebetulan jiwa aku pun selalu hujan je sekarang ni. Haha rapuhnya hati aku sekarang. Kerapuhan yang tidak kuat asasnya. Jelek dan memalukan aku sendiri!! Namun aku tetap bersyukur punya teman yang mampu,setia,suka dan rela sepenuh hati menasihati aku. (terima kasih..terima kasih..) Peransang dan segala bagai nasihat dan teguran diberikan. Aku terima sebaik mungkin. Aku pegang mana yang mampu aku laksanakan. Memang sangat-sangat terkesan dengan nasihat seorang teman. Aku tidak konsisten dengan rasa dan perasaan aku sendiri. Sehari aku o.k..dua hari aku k.o Aku dinasihatkan menyibuk kan diri. Buat kek..! Niaga..!! wakakakakaka mmg otak bisness ini sahabat. Lakukan perkara yang anda suka lakukan. Jangan bagi ruang kosong memenuhi kekosongan yang sedia mendiam. Bangun dengan senyuman. Lemparkan senyuman sepanjang masa. Tapi perlu ikhlas.! Usaha,doa dan tawakal. !!

Wednesday, November 4, 2009

Petunjuk Pencipta

Alhamdulillah..awal-awal pagi aku terima satu panggilan yang membahagiakan beritanya. Syukur..Kakak sulung aku naik pangkat. Tahniah "Cho". Berkat doa yang berterusan. Cemburu sangat melihat kebahgiaan kamu. Moga berterusan ke syurga. Cho excited suruh aku ambil cuti hari Khamis (26 Nov.09) sehari sblum raya Haji. Nak balik ipoh wat ketupat palas..wahahaha lambat lg tu. Raya haji kali ni raya kat umah mak..yuhuuuuuuuuuu..xde la gigih berpeluh aku sensorang lagi kat dapur malam raya nanti. Selebihnya aku menyiapkan repot tahunan yang terpaksa dibuat semula gara-gara pendrive aku corrupt. Huh..punyala terpaksa menyelak2 balik fail nak dpt maklumat. Sambil2 menyelam di persadaan Yahoo Mesengger..haha (potong gaji)

Ada rasa sesuatu yang aku tak sabar-sabar nak buat. Terlalu banyak perkara dalam hidup yang aku main redah je. Makin jauh mendapat PetunjukNya. Makin terabur susur galur langkah yang aku atur. Kesedaran ada, kemahuan yang melengahkan. Time-time gini aku mula bayang muka mak aku. Seorang wanita tabah. Lembut dalam ketegasan. Dulu aku selalu buat dia menangis kerana kedegilan aku. Ya hingga sekarang aku degil. Tapi bila da duduk sorang2 ni.. degil2nya aku..kata-kata nasihatnya akan terdengar2 di telinga."Jangan makin menjauh..tetapi mendekatlah. Ambil kesempatan bersendirian itu mendekatiNya. Bukan makin lari dariNya. Nanti bila dah tua ..menyesal." aku rindu sesuatu..tapi aku tidak mengerti apa yang aku rindukan!!



Tuesday, November 3, 2009

Resah Jiwa

Seminggu yang menyesakkan hati dan minda. Lambakan kerja yang menyesak minda. Asukan perasaan tanpa asas yang meributkan hati. Aku cuba lari dari semua masalah yang membelenggu diri. Hakikatnya manusia, semua pasti dihadapi. Mendepan dengan segala satu masalah yang perlu diselusuri jalur akar biar terhurai lilitan mati yang menyimpul. Pujangga tinggi kias bahasa. Maksudnya aku separa normal. haha. Kisah perjalanan panjang masih segar dalam ingatan dan bait terakhir aku berhenti ketika menari di papan kekunci ialah haruskah segera berakhir? Aku masih berteka teki untuk terus berjalan atau segera mengunci langkah. Masih terus dilema perasaan yang sarat dengan seribu gelisah persoalan. Terlalu banyak tanda tanya yang bergelimbangan dalam gambaran fikiran. Asasnya satu. Kerana tidak yakin walau telah diyakinkan. Aku masih berlengah..berlengah dr terus membuat keputusan mengikut akalnya manusia. Telah dinasihati berkali..Perkara yang tidak jelas harus dipohon perkenanNYa. Dirujuk Pencipta Sekalian Pencipta Cinta. Apakah dugaan di awal ini petanda bahagia yang menguji?? Atau tidak rasinya hati naluri bersama selari...JANGAN TERUS BERTEKA TEki!!!